Followers

Ketagih Facebook??

AS-SALAM








NEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah.



Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain.
Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post.



“Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak,” kata 
firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online. 


Menurut kajian itu, 53 peratus daripada 1,000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet. 
Kajian itu juga mendapati, 40 peratus responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online. 
Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, satu pertiga ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80 peratus kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti Facebook dan Twitter.











Agak2 korang..kan..korang ada sampai tahap macam ni ker? kalau yer..bawak2 ler berubah..yerk..huhu...sebab ketagihan ni berbahaya..bukan pada diri kita..mungkin pada orang lain jugak..








p/s: bahaya kot samapi ketagihan cam dadah tu


No comments: