Followers

ISU DI ASIA BARAT.CUMA BERMUSIM JEKE???

Assalamualaikum

Aku memang aktif berfacebook sebab sumber pendapatan part time dari facebook .Tapi benda yang kadang aku rasa kelakar kadang-kadang dengan rakyat Malaysia ni bila some issue heboh dekat Malaysia mulalah semua kalut macam cacing kepanasan Bukan niat mengata untuk sindiran tapi realiti.Bila sebagai contoh terdekat boleh tengok sekarang sibuk isu kenaikan harga minyak yang memberi kesan pada banyak benda ar malas citer banyak rasa semua orang pun cite benda sama.

Yang aku nak cite pasal isu Asia Barat yang boleh katakan every year every month isunya silih berganti dari kat Iraq ke Palestin,Syria,Mesir dan etc.Sekarang ni isu yang paling banyak keluar dan paling hangat tentang rampasan kuasa dan juga kejatuhan kerajaan Ikhwanul Muslimin.Selain itu isu perang saudara kerana faktor pegangan Syiah dan Sunnah di Syria.Kalau kita tengok isu ni semakin surut dan agak kurang dah tak sehangat goreng pisang dekat laman-laman sosial sebelum ni.Bila fikir2kan balik sebenarnya sejauh mana kita sebenarnya sangat prihatin dan serious dengan isu -isu yang sedang berlaku di sekeliling kita.Sekadar umpama gosip panas.sampai masa akan dibawa angin pergi hilang entah kemana.

Hakikatnya fenomena bermusim tentang isu Asia Barat ni umpama semusim sahaja.Bila dah surut takde dah kabar ceritanya..Sama macam Isu minyak la.Sekarang duk pung pang la macam2 itu la naik ini la naik.kita tengok setahun kemudian.Duk diam tak da habaq dah.Tup2 nak PRU14 nanti brulah isu ni dimainkan.
What can we say?

Kita rasa kita kisah hakikatnya kita cuma mengikut arus perdana .Orang sibuk cerita ni kita pun ikut la .Orang sibuk cerita pasal tu kita pun ikutla.
Temanya LU PIKIR AR SENDIRI


MASTER SUN YANG ALA2 SUPERNATURAL PULAK GITU

Assalamualaikum

HYEP2..rasa lama tak bukak blog ni memang lama gila...hehe..rini nak share pasal korean drama yang interested sangat.Tajuknya Master Sun.Haaa..why aku kater interested.cause a bit different la dari mostly korean drama.Konfem sedih2 tertukar anak la.bapak la.apela kawin kontrak..hilang bertemu kembali ..family konflik la.ko orang kaye dia orang miskin dan bla bla seterusnye ye.

Haa apa yang interested sangat.Cause hero dia hensem.Ia itu So Ji Sub (Hero drama IM SORRY I LOVE YOU..kalau x tau takpela.wat2 tau sudah)hak3..Tapi memang hensem pun.kih3..Haaa..apa yang bestnya sebab dalam drama ni watak heroin lakonan Gong Hyo Jin dia ada kuasa ala2 supernatural gitu which dia boleh nampak hantu.Which yang aku rasa tak bosan every episode dia akan solve problem berkaitan dengan hantu-hantu ni.Kira cam nice la.Dan suggest untuk di tonton.hehe..

Tapi watak orang kaya dan orang miskin tu adela.Konfem ade.hahha...Watak hero yang kayer tak hingat dengan watak girl yang ala-ala nerd cam nak mintak kaki.hak3..takdela.

Plus hero dan heroin serta watak tambahan dalam drama ni brilliant la.sebab gabungan yang lain dari yang lain.Jum check Out barisan pelakon Master Sun ^__________^ Y




Gong Hyo Jin

Dia ni memang one of the best actress aku rasa sebab most of drama dia semua aku.Since drama 1st aku tgok dia as High School student yang ada crush dengan Abang ipar sampai la drama terbaru dia Master Sun ni.Muka dia memang selambe la.dan selalu je pegang watak pmpuan miskin dan kena buli dengan hero dia.hahaa~ Even dia takla secun Song Hye Gyo or Choi Ji Woo tapi aku rasa dia sgt best dan sangat ada kelas dia tersendiri


So Ji Sub
Orite sape tak kenal mamat cool mata kuyu ni boleh katakan Bye.hahaha..One of the best korean actor jugaklah dia ni.Dulu femes dengan drama Im Sorry I Love You .Memang best aku minat since drama tu sampai movie terbaru dia "Always" sebagai boxer yang ada konflik dengan gadis buta.Memang cool gila seriously best jugak lakonan dia.Teringin nak dia muncul dalam banyak lagi movie kelakar watak-watak yang sempoi.hehehe.




BLACK (DEAD)--- WHITE ( LIFE)----- RED (BLOOD)




P/S:wAIting new Korean drama Lakonan Lee Min Ho (EVEN BUKAN PEMINAT DIA).hehe




NOVEL BERSIRI:PART 2





Episode 2



Selepas selesai mengisi pelbagai borang yang kebanyakan berkaitan dengan dirinya Afham cepat2 menuruni anak tangga untuk melihat sama ada gadis tadi masih ada lagi ataupun tidak.Tapi sayang kerana sudah tidak ada siapapun di dalam kelas itu.Afham menghela nafas tanda agak kecewa.Sepanjang hari fikirannya memikirkan gadis itu seolah-olah bayangan yang sentiasa mengekorinya.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi,namun mata Afham masih tidak dapat dipejamkan.Lantas dia mengambil bantal dan menutup kepala. “Aahh..dah gila agaknya aku ni teringat orang yang aku tak pernah kenal pun.sekarang ko g tido Afham” gumamnya sendirian.Keesokan harinya,dia cuba mencari gadis itu di kelasnya namun hampa.Sehinggalah pada waktu akhir persekolahan pada hari itu dia melihat kerusi gadis itu kosong.”Mungkin dia tak datang kot.Entah2 dia tau kot aku ngah stalk dia,Ish..gila la kau ni Afham”bebelnya dalam hati sendirian.Gelagatnya itu diperhatikan oleh rakan sekelasnya Irfan.Dari belakang Irfan mencuit Afham “Hoiii ko stalk sape hahh kt kelas junior ni” sambil melilau matanya melihat apa yang dicari Afham di luar kelas itu.Sambil tersenyum Afham berkata “ tak de apelah.just curios about something..ko xbalik lagi ker? Bukan ko balik dengan adik ko ke”. Sambil menepuk dahi Irfan terus berlalu dari situ .Dia terlupa yang adiknya sedang menunggunya di parking motor.Afham hanya tersenyum.

Di bilik guru,kelihatan Aina masuk ke bilik kaunseling berjumpa dengan kaunselor Cikgu Haliza.Cikgu yang bertubuh kecil tapi sentiasa tersenyum itu tahu akan masalah yang dihadapi oleh Aina.Sudah banyak kali dia tidak datang ke sekolah kerana masalah kesihatan .Dan juga telah banyak kali dia menyuruh Aina berjumpanya namun Aina selalu menolak dengan alas an mahu pulang ke rumah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya

Wajah sugul Aina hanya diperhatikan oleh Cikgu Haliza.” Awak ok Aina?”Tanya cikgu Haliza kepada Aina.Aina hanya menganggukan kepala.” Aina sampai bila awak nak berdiam macam ni je.saya tak nak nanti orang ingat sekolah ni tak jaga kebajikan pelajarnya.Saya tahu apa yang sedang berlaku dengan awak and kenapa awak selalu tak datang sekolah.Awak nak benda ni jadi bertambah teruk.?”
Aina hanya mampu menundukkan kepala.Cikgu Haliza hanya mampu menghela nafas seolah pelbagai perasaan kecewa,serba salah dan simpati dengan Aina.”Baiklah Aina.Cikgu tak kan paksa kamu ceritakan kalau kamu tak mahu berkongsi.But at least terima bantuan cikgu sekiranya kamu perlukan cikgu atau semua cikgu kat sekolah ni.Benda ni dah libatkan soal keselamatan awak.Cikgu tak sanggup tengok kamu datang sekolah dengan muka lebam.bengkak.Seriously cikgu tak sanggup.”

Aina memandang cikgu Haliza lama sebelum mulutnya yang terkunci dari tadi terbuka untuk berbicara.”Maafkan Aina cikgu.Bukan Aina tak nak cerita atau kongsi masalah Aina tapi Aina tak nak susahkan sapa2.Lagipun Aina Cuma ada Ayah tiri Aina je saudara yang Aina kat dunia ni.Kalau apa2 jadi dengan Ayah tiri Aina macam mana Aina nak teruskan hidup tanpa sapa2 kat dunia ni.Aina sayangkan ayah” Aina berbicara sambil air matanya mengalir dipipinya.Masih kelihatan kesan kemerahan dipipinya kesan pukulan ayah tirinya.Aina tidak datang sekolah pada hari tersebut gara-gara dipukul teruk ayahnya semalam kerana lambat membuka pintu apabila ayah tirinya pulang dalam keadaan mabuk selepas habis berjudi.
Hampir 2jam Aina berada di dalam bilik kaunseling.Cikgu Haliza memeluk Aina erat2 sebelum membiarkan gadis itu balik.Cikgu Haliza tahu situasi Aina namun dia tak mempunyai kuasa untuk menghalang gadis itu kerana sayangnya gadis itu pada ayah tirinya.

Di satu sudut di pintu pagar,Afham masih bersabar dengan harapan akan berjumpa dengan gadis itu (Aina).Dia membelek2 jam tangannya yang sudah mencecah pukul 4 petang.”Ko ni memang wat kerja gila la Afham.Semua orang dah balik apa lagi yang ko tunggu” bebelnya dalam hati dengan tindakan dan kata-katanya yang tidak seiring.Tatkala dia membebel seorang diri,tanpa disedari gadis itu berlalu disebelahnya menuju ke stesen bas di luar sekolah.Afham segera menoleh dan mengejar gadis itu dari belakang.Aina yang terkejut segera berpaling dan tanpa menyedari tag namanya yang di gantung disisi begnya terjatuh.Belum sempat Afham berkata apa2 bas sampai dan Aina menaiki bas.Afham cuba mengekorinya ke dalam bas namun dihalang oleh konduktor bas kerana dia tak ada tiket bas pelajar.Aina merasa sangat hairan dengan tindakan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Afham mengetuk2 pintu bas selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam bas.Dia memberi isyarat kepada Aina untuk membuka tingkap bas namun tidak diendahkan.Aina merasa takut dengan tindakan lelaki yang tidak dikenalinya itu.Bas itu berlalu meninggalkan Afham terus dalam pertanyaan sendirian.Seolah-olah dia tak puas hati selagi tak berbicara dengan gadis yang telah mencuit naluri hatinya.Tiba-tiba dalam kekalutan sendiri,Afham  ternampak tag nama di sebalik celahan lopak di stesen bas.Dia mengambilnya dan dia pasti tag nama itu milik gadis itu kerana gadis itu hampir terpijak lopak semasa dia memanggilnya tadi.Dia mengesat kesan air lopak di tag nama itu.Tertera nama “NUR AINA” di tag nama itu.”nur aina,thats ur name.i wil make sure we will meet again.its like a sign of destiny”kata Afham sambil tersenyum lebar.hatinya begitu girang seolah baru mendapat hadiah yang paling istimewa.Dirumah dia membelek2 tag nama itu sambil senyum sendirian.Entah apalah takdir yang membuatkannnya begitu ingin mendekati gadis asing dalam hidupnya itu.

Dentuman kuat menyedarkan Aina.Dia membuka pintu biliknya kelihatan pintu rumahnya tak berkunci .Detik hatinya pasti ayah tirinya sudah keluar.Begitulah kebiasaannya ,ayah tirinya akan keluar pada waktu awal2 pagi dan lewat malam baru pulang ke rumah.Semenjak kematian ibunya 5 tahun lalu ,begitulah yang dilaluinya hari demi hari.



BERSAMBUNG......





Nover Bersiri: Part 1




                                                    Episode 1


Nurul aina :seorang gadis yang pendiam dan lebih suka menyendiri.kerana itu dia tidak mempunyai ramai kawan.merupakan anak yatim kerana telah kehilangan ibu bapanya.mempunyai kisah silam yang sangat pahit dalam hidupnya.walaupun bukan seorang pelajar yang pintar dia mempunyai akademik yang agak baik.berlaku tragedy dalam hidupnya yang telah merubah sejarah hidupnya.

Muhammad Afham: seorang lelaki yang bijak dan aktif.mempunyai ramai kawan dan juga suka kepada aktiviti sukan.namun dalam diam merasa kesunyian kerana konflik keluarga yang dihadapinya.Aina adalah cinta pertamanya walau dia pernah suka dengan ramai wanita selama ini.gadis yang telah mencuit hatinya.tragedi silam telah memisahkan mereka.
Dapatkah afham bertemu dengan Aina semula? Dan apakah aina masih dapat menerima afham lelaki yang pernah mengembalikan senyuman kepadanya suatu ketika dahulu?





Hujan renyai-renyai membasahi lantai bumi..daun2 kebasahan terkena air hujan yang turun dengan lebatnya sebelum ini.terlihat seorang gadis berbaju kurung sekolah sedang memandang ke langit yang mendung dengan pandangan yang sayu.sesekali matanya jatuh kepada titisan hujan yang jatuh di hadapannya.Aina atau nama penuhnya nurul aina.begitulah rutin hariannya menunggu bas sekolah di hentian bas.jarak stesen bas yang agak jauh dari rumahnya tidak menjadi penghalang untuknya berjalan kaki sejauh hampir  1km ke hentian bas.

Berpayung kuning dengan warna yang hampir pudar meniti hujan yang renyai2.kelihatan pelajar lain mula memenuhi kawasan menunggu bas di hentian bas itu.gelak tawa dan suasana bingit yang semakin bertambah langsung tidak merubah kedudukan gadis kecil itu.dia masih begitu senyap dan tidak ada reaksi di wajahnya.beberapa minit kemudian bas pun datang.berebut-rebut semuanya mahu menaiki bus.

Pak cik bus: korang ni tak reti-reti nak beratur ke..excited nak ke sekolah ke? (kata pak cik bus itu sambil tersenyum.

Kelihatan pelajar-pelajar yang menaiki bus itu langsung tidak menghiraukan pak cik bas itu sebaliknya terus berebut-rebut di dalam bas.jarang sekali aina dapat tempat duduk apabila menaiki bas ke sekolah.Ini kerana tubuhnya yang kecil tidak mampu melawan pelajar lelaki yang berlawan-lawan untuk menaiki bas.

Disituasi yang berbeza di sebuah banglo yang agak mewah di pinggir kampong berkenaan kelihatan seorang lelaki berpakaian sekolah sudah siap menunggu di dalam kereta.sesekali matanya memandang jam tangannya. Muhammad Afham atau lebih biasa dipanggil am oleh keluarga dan rakannya .wajahnya tenang dan kelihatan seorang yang pendiam namun dia seorang yang aktif dan banyak bercakap bila mula mengenalinya.tiba-tiba am mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta lalu menjerit “ pak cik man pukul berapa pak cik man nak hantar am g skolah ni.lama dah tunggu ni?” nak am yang drive sendiri ka keta ni pi skolah”?

Kelihatan seorang yang berusia dalam awal 40  an muncul dalam keadaan kelam kabut menuju ke kereta .

Pak man: maaf am pak man g kemas barang2 sikit kat dapur.lupa pulak pak man am dah masuk skolah hari ini.(kata pak man sambil tersenyum dan termengah –mengah kerana tergesa-gesa)

Am: aper la pak man ni.kalo am ni jahat am dah drive sendiri je kereta ni..dah la jum la kite g sekolah am dah lambat.takot nanti assembly dah start.mampus am kena denda pulak.dah ar first day.(kata am sambil tersenyum melihat gelagat pak man yang kalut)

Kereta itu meluncur laju sehinggalah di lampu isyarat berhenti betul betul bersebelahan dengan bas yang dinaiki aina.perlahan-lahan am membuka sedikit tingkap keretanya.matanya tajam memandang segenap bas itu yang dipenuhi pelajar sekolah yang kelihatan sebaya dengannya.dalam hati kecilnya dia teringin naik bas macam budak-budak yang lain.tapi apakan daya dah pasti pak man x mengizikannya.semua kerana pesanan mamanya yang tidak membenarkannya menaiki bas.entah macam mana matanya menangkap pandang seorang gadis bertudung yang kelihatan terhimpit di hujung bas itu.kelihatan wajah gadis itu cukup tenang entah mengapa lama pandangannya jatuh kepada gadis itu ia itu Aina.bunyi hon bas yang bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau telah mematikan pandangannya.kedua kenderaan itu bergerak laju menuju ke sekolah.

Bunyi loceng berbunyi kuat telah mengejutkan isi sekolah menengah tun ismail.semua pelajar mula beransur dari dewan perhimpunan sekolah menuju ke kelas masing-masing.terpancar wajah keriangan memulakan sesi persekolah bagi tahun 2002.ada yang berlari-larian dan ada juga yang sibuk usik mengusik diantara satu sama lain.sesi baru persekolah tidak seperti remaja lain bagi aina semuanya sama.tidak ada yang mampu memberikan senyuman dibibirnya.umpama dikunci dengan kunci yang tidak mampu dibuka.kelas 4 kemanusiaan 1.Oleh kerana keputusan pemeriksaan Alia yang tak seberapa melayakkan dia masuk ke kelas bukan sains.Ini kerana sakit asma yang teruk dialaminya ketika hampir hampir musim peperiksaan PMR tahun lepas menyebabkan Aina tidak dapat memberikan yang terbaik untuk peperiksaannya.

Seperti biasa dia lebih memilih untuk duduk di barisan kerusi paling belakang berhampiran dengan tingkap .selepas meletakkan beg ,Aina hanya duduk sambil membuka buku yang dipegangnya sebentar tadi.Aina mempunyai minat yang sangat tinggi dengan membaca.masanya banyak dihabiskan di kelas dengan membaca.Apa sahaja buku dibacanya.Malahan rakan-rakan kelasnya yang kurang bergaul dengannya kerana personalitinya pendiam menjadikan buku sebagai teman baiknya dari dahulu.Ketika dia  sibuk memandang buku yang dipegangnya,tiba-tiba dia disapa seorang gadis berlesung pipit yang memakai cermin mata.Tersenum lebar gadis itu memandangnyaSiti Nur Syafira atau mesra dengan panggilan ira.Itulah satu-satunya rakan kelasnya yang suka bergaul dengan Aina dan suka bercakap dengan Alia walaupun jarang sekali Aina melayannya.

Ira: oit mak cik.masuk2 kelas ja bukak buku.relax la wei.cikgu pun x masuk g.hehehhe..( kata ira sambil  duduk di sebelah Aina)

Aina masih diam sambil memberikan senyuman yang tawar kepada Ira.

Ira: adoi..mu ni..nak cakap pun payah le..cube la bukak skit mulut mu tu Aina.aku ni penat kadang-kadang duk bebel sorang2..cam rupa mak nenek tau (katanya sambil mengeluarkan satu persatu buku teks dan diletakkan di bawah meja)

Dalam hati Aina,geli hati jugak dengan perangai Ira yang bersungguh-bersungguh lagi2 kalau bercerita.Namun dia lebih suka banyak berdiam diri.

Di kelas yang lain di kelas 5 sains 1 pula Afham kelihatan sangat ceria.sesiapa saja yang menyapanya di dalam kelasnya pasti akan berbual ramah dengannya selepas itu.Sikapnya yang agak peramah memudahkannya berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan kelasnya.

Beberapa ketika kemudian sesi pembelajaran bermula sepertia biasa dengan pelbagai gelagat pelajar di dalam kelas.

Bunyi loceng kedengaran tanda tamatnya hari persekolahan untuk hari pertama.Ketika Afham sibuk memasukkan buku2 dan mengemas fail2 notanya di dalam begnya kelihatan seorang pelajar lelaki menepuk bahunya dari belakang.Ketua kelasnya ia itu Muhammad Irfan.

Irfan: Am.cikgu murni minta ko jumpa dia kat bilik guru time aku g amik buku kedatangan tadi.katanya pasal aper ntah .ade halnya la tu..and minx tolong hanto kan buku kedatangan ni sekali kt bilik guru..hehehhehe..aku malas pulak nak manjat tangga kat tingga dua tu..g pun aku naik moto n adik aku.nanti dia tunggu aku lak..tolong eh..dah sekali tu (kata irfan sambil tersenyum dan berlalu dari situ)

Afham hanya mampu menggeleng kemudian tersenyum.Dia mencari2 anak tangga menuju ke bilik guru.Semasa menuju ke tangga ke aras dua .Dia terpandang seorang gadis ia itu Aina di sebuah kelas yang terletak berhampiran bersebelahan dengan tangga ke aras dua.Kelihatan keadaan sudah lengang  dan kelas itu sudah pun kosong namun gadis itu masih duduk disitu sambil tekun matanya membaca.Tiba-tiba pandangannya ke gadis itu termati bila terdengar suara memanggil-manggilnya dari belakang.

Cikgu Murni: ha Afham kat sini rupernya kamu..lama cikgu tunggu tadi kamu tak datang.mai la pi bilik guru.cikgu ada benda sikit nak suh kamu wat.
Anak matanya masih memandang gadis di dalam kelas itu sambil mengekori cikgu murni dan menghilang kemudiannya dari pandangannya.Hatinya seolah meronta mahu melihat gadis itu lebih dekat.Seperti ada sesuatu tentang gadis itu.entah kenapa?


                                   BERSAMBUNG........



STILL THE SAME ME 2013 !!

AS-SALAM


untuk tahun 2013 ni firstly benda yang aku excited benor nak wat kat blog aku ni..aku nak wat novel bersiri macam online novel..kt aku punye belog ni..hehehe~ dah lame nak wat tapi akibat kekangan masa.kekurangan idea plus aku xbersedia g nak menulis2 ni sebab benda lain yang aku duk sibuk menulis ni.hahahha...ok la..untuk next post aku akan ceritakan lebih lanjut..just wait n rajin2 la follow my blog yang tak seberape ni..hehehee..ok la..next azam?? tak ada rasanya..

tipu la..ni jer 3 benda yang aku harap leh wat tahun 2013 ni: 

1: GRADUATE

2: KERJA

3:BUY SOMETHING FOR ME AND FOR MY FAMILY WITH MY OWN MONEY! hhaha~


benda lain x de rasa penting sangat..and plus..kalau tercapai nak sangat TRIP..dengan my adik n my gegurl bff..hehehe...if not this year..next up coming year will also be be great..

kalau pasal being single..hahaha..its nice what being single..no need to think much..hehehe.. (even aku kejelesan melihat kawan2 aku rmai dah kawin ade anak dua tiga..paling cikai..dah berboyprennn) 

tapi xperla.mungkin masih belum rezeki n jodoh aku..and its good actually to me..cause i can focus to myself and my family.. ^^