Followers

Nover Bersiri: Part 1




                                                    Episode 1


Nurul aina :seorang gadis yang pendiam dan lebih suka menyendiri.kerana itu dia tidak mempunyai ramai kawan.merupakan anak yatim kerana telah kehilangan ibu bapanya.mempunyai kisah silam yang sangat pahit dalam hidupnya.walaupun bukan seorang pelajar yang pintar dia mempunyai akademik yang agak baik.berlaku tragedy dalam hidupnya yang telah merubah sejarah hidupnya.

Muhammad Afham: seorang lelaki yang bijak dan aktif.mempunyai ramai kawan dan juga suka kepada aktiviti sukan.namun dalam diam merasa kesunyian kerana konflik keluarga yang dihadapinya.Aina adalah cinta pertamanya walau dia pernah suka dengan ramai wanita selama ini.gadis yang telah mencuit hatinya.tragedi silam telah memisahkan mereka.
Dapatkah afham bertemu dengan Aina semula? Dan apakah aina masih dapat menerima afham lelaki yang pernah mengembalikan senyuman kepadanya suatu ketika dahulu?





Hujan renyai-renyai membasahi lantai bumi..daun2 kebasahan terkena air hujan yang turun dengan lebatnya sebelum ini.terlihat seorang gadis berbaju kurung sekolah sedang memandang ke langit yang mendung dengan pandangan yang sayu.sesekali matanya jatuh kepada titisan hujan yang jatuh di hadapannya.Aina atau nama penuhnya nurul aina.begitulah rutin hariannya menunggu bas sekolah di hentian bas.jarak stesen bas yang agak jauh dari rumahnya tidak menjadi penghalang untuknya berjalan kaki sejauh hampir  1km ke hentian bas.

Berpayung kuning dengan warna yang hampir pudar meniti hujan yang renyai2.kelihatan pelajar lain mula memenuhi kawasan menunggu bas di hentian bas itu.gelak tawa dan suasana bingit yang semakin bertambah langsung tidak merubah kedudukan gadis kecil itu.dia masih begitu senyap dan tidak ada reaksi di wajahnya.beberapa minit kemudian bas pun datang.berebut-rebut semuanya mahu menaiki bus.

Pak cik bus: korang ni tak reti-reti nak beratur ke..excited nak ke sekolah ke? (kata pak cik bus itu sambil tersenyum.

Kelihatan pelajar-pelajar yang menaiki bus itu langsung tidak menghiraukan pak cik bas itu sebaliknya terus berebut-rebut di dalam bas.jarang sekali aina dapat tempat duduk apabila menaiki bas ke sekolah.Ini kerana tubuhnya yang kecil tidak mampu melawan pelajar lelaki yang berlawan-lawan untuk menaiki bas.

Disituasi yang berbeza di sebuah banglo yang agak mewah di pinggir kampong berkenaan kelihatan seorang lelaki berpakaian sekolah sudah siap menunggu di dalam kereta.sesekali matanya memandang jam tangannya. Muhammad Afham atau lebih biasa dipanggil am oleh keluarga dan rakannya .wajahnya tenang dan kelihatan seorang yang pendiam namun dia seorang yang aktif dan banyak bercakap bila mula mengenalinya.tiba-tiba am mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta lalu menjerit “ pak cik man pukul berapa pak cik man nak hantar am g skolah ni.lama dah tunggu ni?” nak am yang drive sendiri ka keta ni pi skolah”?

Kelihatan seorang yang berusia dalam awal 40  an muncul dalam keadaan kelam kabut menuju ke kereta .

Pak man: maaf am pak man g kemas barang2 sikit kat dapur.lupa pulak pak man am dah masuk skolah hari ini.(kata pak man sambil tersenyum dan termengah –mengah kerana tergesa-gesa)

Am: aper la pak man ni.kalo am ni jahat am dah drive sendiri je kereta ni..dah la jum la kite g sekolah am dah lambat.takot nanti assembly dah start.mampus am kena denda pulak.dah ar first day.(kata am sambil tersenyum melihat gelagat pak man yang kalut)

Kereta itu meluncur laju sehinggalah di lampu isyarat berhenti betul betul bersebelahan dengan bas yang dinaiki aina.perlahan-lahan am membuka sedikit tingkap keretanya.matanya tajam memandang segenap bas itu yang dipenuhi pelajar sekolah yang kelihatan sebaya dengannya.dalam hati kecilnya dia teringin naik bas macam budak-budak yang lain.tapi apakan daya dah pasti pak man x mengizikannya.semua kerana pesanan mamanya yang tidak membenarkannya menaiki bas.entah macam mana matanya menangkap pandang seorang gadis bertudung yang kelihatan terhimpit di hujung bas itu.kelihatan wajah gadis itu cukup tenang entah mengapa lama pandangannya jatuh kepada gadis itu ia itu Aina.bunyi hon bas yang bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau telah mematikan pandangannya.kedua kenderaan itu bergerak laju menuju ke sekolah.

Bunyi loceng berbunyi kuat telah mengejutkan isi sekolah menengah tun ismail.semua pelajar mula beransur dari dewan perhimpunan sekolah menuju ke kelas masing-masing.terpancar wajah keriangan memulakan sesi persekolah bagi tahun 2002.ada yang berlari-larian dan ada juga yang sibuk usik mengusik diantara satu sama lain.sesi baru persekolah tidak seperti remaja lain bagi aina semuanya sama.tidak ada yang mampu memberikan senyuman dibibirnya.umpama dikunci dengan kunci yang tidak mampu dibuka.kelas 4 kemanusiaan 1.Oleh kerana keputusan pemeriksaan Alia yang tak seberapa melayakkan dia masuk ke kelas bukan sains.Ini kerana sakit asma yang teruk dialaminya ketika hampir hampir musim peperiksaan PMR tahun lepas menyebabkan Aina tidak dapat memberikan yang terbaik untuk peperiksaannya.

Seperti biasa dia lebih memilih untuk duduk di barisan kerusi paling belakang berhampiran dengan tingkap .selepas meletakkan beg ,Aina hanya duduk sambil membuka buku yang dipegangnya sebentar tadi.Aina mempunyai minat yang sangat tinggi dengan membaca.masanya banyak dihabiskan di kelas dengan membaca.Apa sahaja buku dibacanya.Malahan rakan-rakan kelasnya yang kurang bergaul dengannya kerana personalitinya pendiam menjadikan buku sebagai teman baiknya dari dahulu.Ketika dia  sibuk memandang buku yang dipegangnya,tiba-tiba dia disapa seorang gadis berlesung pipit yang memakai cermin mata.Tersenum lebar gadis itu memandangnyaSiti Nur Syafira atau mesra dengan panggilan ira.Itulah satu-satunya rakan kelasnya yang suka bergaul dengan Aina dan suka bercakap dengan Alia walaupun jarang sekali Aina melayannya.

Ira: oit mak cik.masuk2 kelas ja bukak buku.relax la wei.cikgu pun x masuk g.hehehhe..( kata ira sambil  duduk di sebelah Aina)

Aina masih diam sambil memberikan senyuman yang tawar kepada Ira.

Ira: adoi..mu ni..nak cakap pun payah le..cube la bukak skit mulut mu tu Aina.aku ni penat kadang-kadang duk bebel sorang2..cam rupa mak nenek tau (katanya sambil mengeluarkan satu persatu buku teks dan diletakkan di bawah meja)

Dalam hati Aina,geli hati jugak dengan perangai Ira yang bersungguh-bersungguh lagi2 kalau bercerita.Namun dia lebih suka banyak berdiam diri.

Di kelas yang lain di kelas 5 sains 1 pula Afham kelihatan sangat ceria.sesiapa saja yang menyapanya di dalam kelasnya pasti akan berbual ramah dengannya selepas itu.Sikapnya yang agak peramah memudahkannya berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan kelasnya.

Beberapa ketika kemudian sesi pembelajaran bermula sepertia biasa dengan pelbagai gelagat pelajar di dalam kelas.

Bunyi loceng kedengaran tanda tamatnya hari persekolahan untuk hari pertama.Ketika Afham sibuk memasukkan buku2 dan mengemas fail2 notanya di dalam begnya kelihatan seorang pelajar lelaki menepuk bahunya dari belakang.Ketua kelasnya ia itu Muhammad Irfan.

Irfan: Am.cikgu murni minta ko jumpa dia kat bilik guru time aku g amik buku kedatangan tadi.katanya pasal aper ntah .ade halnya la tu..and minx tolong hanto kan buku kedatangan ni sekali kt bilik guru..hehehhehe..aku malas pulak nak manjat tangga kat tingga dua tu..g pun aku naik moto n adik aku.nanti dia tunggu aku lak..tolong eh..dah sekali tu (kata irfan sambil tersenyum dan berlalu dari situ)

Afham hanya mampu menggeleng kemudian tersenyum.Dia mencari2 anak tangga menuju ke bilik guru.Semasa menuju ke tangga ke aras dua .Dia terpandang seorang gadis ia itu Aina di sebuah kelas yang terletak berhampiran bersebelahan dengan tangga ke aras dua.Kelihatan keadaan sudah lengang  dan kelas itu sudah pun kosong namun gadis itu masih duduk disitu sambil tekun matanya membaca.Tiba-tiba pandangannya ke gadis itu termati bila terdengar suara memanggil-manggilnya dari belakang.

Cikgu Murni: ha Afham kat sini rupernya kamu..lama cikgu tunggu tadi kamu tak datang.mai la pi bilik guru.cikgu ada benda sikit nak suh kamu wat.
Anak matanya masih memandang gadis di dalam kelas itu sambil mengekori cikgu murni dan menghilang kemudiannya dari pandangannya.Hatinya seolah meronta mahu melihat gadis itu lebih dekat.Seperti ada sesuatu tentang gadis itu.entah kenapa?


                                   BERSAMBUNG........



STILL THE SAME ME 2013 !!

AS-SALAM


untuk tahun 2013 ni firstly benda yang aku excited benor nak wat kat blog aku ni..aku nak wat novel bersiri macam online novel..kt aku punye belog ni..hehehe~ dah lame nak wat tapi akibat kekangan masa.kekurangan idea plus aku xbersedia g nak menulis2 ni sebab benda lain yang aku duk sibuk menulis ni.hahahha...ok la..untuk next post aku akan ceritakan lebih lanjut..just wait n rajin2 la follow my blog yang tak seberape ni..hehehee..ok la..next azam?? tak ada rasanya..

tipu la..ni jer 3 benda yang aku harap leh wat tahun 2013 ni: 

1: GRADUATE

2: KERJA

3:BUY SOMETHING FOR ME AND FOR MY FAMILY WITH MY OWN MONEY! hhaha~


benda lain x de rasa penting sangat..and plus..kalau tercapai nak sangat TRIP..dengan my adik n my gegurl bff..hehehe...if not this year..next up coming year will also be be great..

kalau pasal being single..hahaha..its nice what being single..no need to think much..hehehe.. (even aku kejelesan melihat kawan2 aku rmai dah kawin ade anak dua tiga..paling cikai..dah berboyprennn) 

tapi xperla.mungkin masih belum rezeki n jodoh aku..and its good actually to me..cause i can focus to myself and my family.. ^^