Followers

5 Fesyen Tudung Zaman Sekarang

AS-SALAM



Zaman sekarang ni memang semua nak maju, semua nak cepat dan semua nak bagus. Bak kata orang putih, “time is money” dan aku pula menambah “money is money”. Manusia ni memang mangsa fesyen. Ada fesyen yang bagus, baguslah seseorang manusia tu. Khususnya wanita, ia kerap kali menjadi mangsa pereka fesyen. Buat itu ini, si wanita la yang akan pakai. Yang dok gila fesyen pon, si wanita jugak!
Bila dah zaman makin lama makin maju dan nak cepat je, tudung pon dah di fesyenkan sekali. Tak salah sebenarnya nak berfesyen menggunakan tudung. Digalakkan lagi sebenarnya. Biar nampak ayu, cantik dan yang paling penting sekali menutup aurat. Kalau anda terlepas entry berkaitan ini, bolehlah ke entry 8 Perkara yang menjadi kesalahan wanita ketika bertudung
Meh kita tengok apa fesyen tudung di pasaran Malaysia sekarang ni :



1 – Tudung Jarang
Ha, tudung ni merupakan tudung yang amat – amat popular sekarang ni. Ermm, tudung ni adik beradik selendang, shawl dan lain – lain lah. Memang si pemakai niat memakai tudung tu dah bagus, dah tutup semuanya tapi sayang juga, material kain tudung yang digunakan tu terlalu jarang sehingga tembus nampak didalam.
Pakai tudung apa kalau kain tudung tu jarang, boleh nampak tengkok yang mulus tu, lagi boleh nampak anting – anting ataupun subang yang dipakai. Tak tahan lagi, siap boleh nampak wooo warna rambut yang ditutup tu. Apa guna kalau bertudung macam tu?
2 – Tudung Mickey Mouse
Jenis tudung ni dipakai biasanya di rumah pada zaman dulu – dulu. Yelakan, ia hanya menutup kepala, rambut dan cuping telinga. Ermm, entahlah apa tujuan sebenarnya si pemakai memakai tudung macam tu. Ia sebenarnya tak boleh dianggap tudung sebab hanya memakai ‘anak tudung’ sahaja. Yang paling teruk, si pemakai melilit – lilit tudung disekitar tengkok. Amboi, dah la pakai tudung tu tutup rambut dan telinga je, bila kat tengok dia lilit – lilit je. Molek kah gitu?
3 – Tudung lilit
Kalau kita tengok dari konsep bertudung, tudung lilit ni memang dah tutup rambut, telinga dan tengkok. Ok la tu. Dah cun dah. Tapi, sayang seribu kali sayang. Tudung tersebut hanya menutup aurat rambut, telinga dan tengkok sahaja tanpa menutup bahagian dada.
Tau la orang perempuan ni hanya ada kelebihan didada tu, jangan bagi orang lelaki cemburu dengan apa yang wanita ada tu. Tak guna juga kalau bertudung tapi tak melabuhkan tudung tersebut dibahagian dada. Tak ada ‘point’ pahala disitu yerrr..
4 – Tudung Singlet
Ye, yang ni memang selalu kita nampak di shopping complex, pasar malam dan juga di taman perumahan. Istilah tudung singlet ni tak asing lagi sebab tudung tu dipakai dengan baju yang singkat dan pendek. Tak guna la kalau bertudung macam tu. Bikin semak kepala saja. Baik tak payah pakai.
5 – Tudung Saji
Sekejap ada, sekejap tak ada. Bagi aku la, tudung yang ni lebih baik daripada tak pakai sebab dia masih lagi terlintas nak pakai tudung walaupun pemakaian tu tak kerap. Kalau jenis ni kita asuh dan kita didik, insyaallah si pemakai akan terus pakai tudung tak buang – buang dah!
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”


artikel diambil dari:luthtextile




artikel ini ain ambil dari seorang blogger lelaki ni..sekadar perkongsian bersama..hahaha..bila bace macam kelakar pun ada..banyak nyer jenis tudung.ain sendiri pun tak tau.tapi kebenarannya yang kita boleh ambil bersama.





3 comments:

Kopi Susu said...
This comment has been removed by the author.
Kopi Susu said...

tudung skung macam dh jd trend kan..... walaupun sya bukan org yg layak untuk mengomen....

.:AiN iKeUchi:. said...

@layar_lara:tak salah untuk kita berfesyen.cuma berpada2 sudahlah.semua orang tak sempurna.tpi kalau kita berusaha sikit2 mesti akan nampak sempurna :)