Followers

Apa itu Syiah?

AS-SALAM










 Kata ‘Syiah’ bermakna pengikut atau penolong dan kata musyaaya’ah sepadan dgn kata munaasaharah. 

Siapa Pencetus gerakan syiah?
 

Ia dimulakan oleh Abdullah ibn Saba’ berasal dari kota Sana’a, Yaman. Dia dikenali dgn panggilan anak perempuan hitam dan dia adalah seorang yahudi yg menganut islam pada zaman Uthman tetapi tidak memperbaiki Islamnya. Beliau telah dihalau dari Bandar Basrah kmdn singgah di Kufah. Dari sana dia merantau ke Syam. Di situ, dia diburu lagi dan akhirnya lari ke Mesir. Beliau telah banyak memburukkan Uthman dan pemerintahannya dan pada masa yg sama ia membuat propaganda menaikkan semangat ahlul bait. Ramai yg tinggal jauh dari pentadbiran ibu Negara islam ketika itu dipengaruhi beliau. Antara mereka bersekutu dgnnya ialah Khalid bil Maljam, Saudan bin Hamran dan Kinanah bin Bisyr. Semasa dia yahudi, beliau pernah mendakwa Yusha’ bin Nun adalah wasiat bagi nabi Musa. Dan dia menggunakan tektik yg sama dgn mengatakan bahawa Ali adalah washi (wasiat) nabi Muhammad S.A.W. Dia pernah dihukum oleh Saidina Ali kerana perkataannya: “Kamu adalah kamu (maksud saidina ali adalah tuhan).” (Tarikh Ibn Khaldun, Ibn Khaldun)
 

Namun demikian, kewujudan Ibn Saba’ cuba dinafikan oleh ulamak mutaakhirin syiah dgn mengatakan ia tidak wujud dan mitos sahaja. Namun ini adalah tertolak kerana sudah berkurun2 lamanya dan baru mereka cuba menafikan kewujudannya. Malah kitab2 mereka sendiri menyebut perihal Ibn saba’ ini spt Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid dsb. Namun demikian, terdapat pecahan antara syiah dgn gerakan ibn saba'. Tetapi asasnya bermula dr Ibn Saba'.
 

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani memberikan definisi apakah itu syiah, katanya:
 



والتشيع محبة على وتقديمه علىالصحابة فمن قدمه على أبي بكر وعمر فهو غال في تشيعه ويطلق عليه رافضي وإلا فشيعي فإن انضاف إلى ذلك السب أو التصريح بالبغض فغال في الرفض وإن اعتقد الرجعة إلى الدنيا فأشد في الغلو 

“Tasayyu’ (berfahaman syiah) itu ialah menyintai Ali dan mengutamakannya berbanding sahabat2 lain. Org yg mengutamakan Ali daripada Abu Bakr dan Umar adalah syiah yg melampau dlm fahamannya. Syiah yg melampau ini juga dipanggil dgn rafidhi atau rafidhah. Jika ia mengutamakan saidina Ali drpd Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar, maka ia adalah seorang syiah. Jika di samping ia mengutamakan Ali berbanding Saidina Abu Bakr dan Umar, ia juga memaki atau menyatakan juga dgn jelas kebenciannya terhadap mereka berdua, maka ia adalah melampau di dlm rafadhnya. Jika ia mempercayai raj’ah juga, maka ia adalah org yg terlalu melampau di dlm rafadhnya.”
 

(هدي الساري مقدمة فتح الباري لابن حجر العسقلاني) 

Dlm kitab lainnya, Ibn Hajar menyebut:
 

“Syiah dlm istilah ulamak mutaqaddimin ialah mempercayai keutamaan Ali lebih dari keutamaan Uthman dan Ali berada di pihak yg benar di dlm semua peperangan. Org yg menentangnya adalah salah. Di samping itu mereka mengutamakan Abu Bakar dan Umar berbanding Ali. Syiah dlm istilah ulamak mutaakhirin ialah rafidhah tulin. Riwayat seorang rafidhah yg melampau dlm fahamannya tidak boleh diterima sama sekali dan tidak ada kehormatan sama sekali bagi mereka.”
 

(تهذيب التهيب لابن حجر العسقلاني) 

Berdasarkan terma2 ini, berbagai istilah yg digunakan dlm mengklasifikasikan kultus2 syiah tetapi 3 kumpulan besar yg utama dan di bawahnya terdapat pelbagai pecahan yakni:
 

1.Syiah Tafdhiliyyah:
 

Syiah yg mengutamakan saidina Ali R.A berbanding saidina Uthman (tidak termasuk saidina Abu bakr dan Umar) tanpa mengkafirkan, memaki atau menaruh kebencian terhadap mereka semua. Antaranya adalah Syiah Zaidiyyah yg dikatakan fiqhnya hampir kepada kumpulan Ahlus Sunnah Wal jamaah. Tetapi syiah ini dikatakan telah pupus. Antara ulamak yg tersohor ialah Imam As-Syaukani yg terkenal dgn Nailul Awthar Syarh Muntaqa’ Akbar. Namun demikian, beliau telah keluar dari syiah zaidiyyah dan masuk kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
 

2.Syiah Saba’iyyah:
 

Syiah yg memaki dan mengkafirkan sahabat2 kecuali sbhgn kecil mereka spt Salman Al-Farisi, Abu Dzar Al-Ghifari dan Ammar bin Yasir r.a. Mereka berlepas diri (memutuskan kasih sayang) drpd sahabat lain drpd mereka ini. Kultus ini mempertuhan Ali dan berkeyakinan raj’ah (kebangkitan semula Ali).

3.Syiah ghulat:
 

Syiah ini adalah syiah yg memaki hamun dan mencela Abu Bakr dan Umar kerana mereka dikatakan merampas hak ahlul bait. Kultus yg popular dlm kumpulan ini ialah syiah Imamiyyah Ithna `Asyariyyah dan menjadi anutan yg terbesar terutamanya di Iran dan antara ulama mereka yg kita kenali ialah Ayatollah Khomeini, pencetus Revolusi berdarah terhadap pemerintah boneka barat Shah Iran. Namun demikian di bawahnya terdapat bbrp lagi pecahan. Secara umumnya, Ia mempunyai beberapa iqtiqad, antaranya kepercayaan mereka kpd 12 imam (Ithna Asyariyyah) dan ma’shumnya para imam ini yg bermula spt berikut:
 

a. Ali bin Abi Talib
 
b. Hassan Bin Ali
 
c. Hussein Bin Ali
 
d. Ali Zainal Abidin Bin Hussein
 
e. Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin
 
f. Jaafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir
 
g. Musa Al-Kazim bin Jaafar As-Sadiq
 
h. Ali Ar-Ridha bin Musa
 
i. Muhammad Al-Jawaad Bin Ali
 
j. Ali bin Muhammad
 
k. Hassan bin Ali
 
l.Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari: yg dikatakan ghaib dan akan muncul semula sbg Imam Mahdi.
 

(اسلام بلا مذهب لامسطف محمد الشكعه) 

Dahulunya syiah menolak bulat2 apa2 sumber periwayatan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Namun demikian, kebelakangan ini mereka cuba menyebarkan dakyah mereka bahawa segala pegangan mereka bersumberkan dari Sunni sendiri spt Sahih Bukhari, Sahih Muslim dsb. Mereka cuba menggoyahkan pegangan individu muslim ahlus sunnah wal jamaah. Mereka yg mudah terperangkap adalah mereka yg lemah asas dlm bidang hadith spt jarh wa ta’dil, gharibul hadith, musykilatul hadith dsb. Berhati2 apabila membaca buku2 mereka!
 

Wallahua’lam
                                                                               
Pengasas dan penggerak Revolusi Iran ia itu Ayatollah Khomeini merupakan pengukuh mazhab Syiah di dunia kini


artikel dipetik dari:BicaraMuslim



No comments: