AS-SALAM
Aku hanyalah insan biasa yang penuh dosa.
mencari hidayah dan petunjukMu..
sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik..
mungkin aku manusia
tapi aku bukan lagi insan...
Dunia yang indah ini cumalah sementara..
dahulu mengaburi mata ini...
sesungguhnya yang hakiki itu hanyalah cinta Ilahi..
yang pasti dan selamanya...
Namun,kerana duniawi..
aku terkecewa dan terdampar dalam tipu daya dunia realiti..
Tapi..
Itu bukan bererti aku akan terus berhenti disitu dan tidak mahu berubah..
Jalan yang aku tujui masih jauh..
jauh dan berliku...
Hanya dengan keimanan dan ketakwaan..
serta mengingatiMu setiap hari dapat merubahku..
Mungkin bukan banyak..
walau hanya setitik setiap hari..
Mungkin satu hari nanti aku dapat berubah menjadi seorang insan..
Cukuplah dosaku selama ini kepadaMu ya Allah...
kepada ibu bapaku..kepada diriku...
Aku mesti berhenti menjadi kejam kepada diriku sendiri..
demi mencari keseronokan dan cinta duniawi yang tiada erti...
Ku harapkan perubahan aku ke arah kebaikan..
dapat menjadikan aku lebih baik dan matang dalam menghadapi apa sahaja..
Mungkin aku tak akan terlepas dari melakukan dosa..
walau sekecil zarah........
Namun andai waktu ku di dunia ini masih panjang..
akan aku ubah diri ini..menjadi seorang insan yang diredhaiMu Ya Allah..
Kerana aku HANYALAH SEORANG MANUSIA BIASA..
|
Aku tidak mahu menjadi selayu bunga yang kembang..di dunia mu ini Ilahi.. |
P/S:Belajar untuk muhasabah diri dan berhenti dari melihat keburukan dan kesilapan orang lain itu adalah lebih
baik...carilah sahabat yang dapat membimbing ke arah kebaikan duniawi dan akhirat..yang dapat menasihati kita dikala kita sesat dijalan yang gelap