Followers

Hukum Wanita Upload Gambar di Facebook oleh Ustaz Azhar Idrus




AS-SALAM


kepada wanita-wanita muslimah di luar sana.ain tak der ar pandai sangat bab2 agama ni pun kan.tapi tak salah berkongsi ilmu yang baik untuk kita teladani dan ikuti bersama.kan3..hehee~video dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan hukum wanita meletakkan gambar di facebook,majalah atau buku dan sewaktu dengannya.




biarlah di dunia kita melakukan pengorbanan untukNya.agar di akhirat nanti kita memenangiNya

sama2 kita ambil iktibarnya..kawan2 :)



Syok Pulak Guna Interface Baru

AS-SALAM

rasa best la pulak kan.guna interface baru ni..huuhu..hehe.ni yang suka nak godek2 ni..tapi yang ain suka pasal interface baru ni..bagi ain la kan.senang nak menulis entry baru dan senang nak nak tengok update entry2 dekat home.hehehe~ dah lama dah tengok kat atas tu untuk switch ke interface baru..tapi takut tak tau guna.tapi sama jer.cuma cam lagi best lah pulak kan..hehehe...budak baru belajar..sila tunjukkan saya jalan yang betul..hik3..jum menulis entry baru guna interface baru..( ayat cam budak batak jer..kui3)


cam senang sikit sebenarnya nak bacer update entry ..tak tau lah ..dulu cm susah giler weiii..cam serabut..


pas tu cam senang sikit nak update entry..dan nak tulis post..kan.kan.kan..saper setuju..sila taip YES..hehe





p/s: suka betul godek2 benda2 baru kat tenet ni..jangan melingkup laptop den sudah..hehehe




5 Fesyen Tudung Zaman Sekarang

AS-SALAM



Zaman sekarang ni memang semua nak maju, semua nak cepat dan semua nak bagus. Bak kata orang putih, “time is money” dan aku pula menambah “money is money”. Manusia ni memang mangsa fesyen. Ada fesyen yang bagus, baguslah seseorang manusia tu. Khususnya wanita, ia kerap kali menjadi mangsa pereka fesyen. Buat itu ini, si wanita la yang akan pakai. Yang dok gila fesyen pon, si wanita jugak!
Bila dah zaman makin lama makin maju dan nak cepat je, tudung pon dah di fesyenkan sekali. Tak salah sebenarnya nak berfesyen menggunakan tudung. Digalakkan lagi sebenarnya. Biar nampak ayu, cantik dan yang paling penting sekali menutup aurat. Kalau anda terlepas entry berkaitan ini, bolehlah ke entry 8 Perkara yang menjadi kesalahan wanita ketika bertudung
Meh kita tengok apa fesyen tudung di pasaran Malaysia sekarang ni :



1 – Tudung Jarang
Ha, tudung ni merupakan tudung yang amat – amat popular sekarang ni. Ermm, tudung ni adik beradik selendang, shawl dan lain – lain lah. Memang si pemakai niat memakai tudung tu dah bagus, dah tutup semuanya tapi sayang juga, material kain tudung yang digunakan tu terlalu jarang sehingga tembus nampak didalam.
Pakai tudung apa kalau kain tudung tu jarang, boleh nampak tengkok yang mulus tu, lagi boleh nampak anting – anting ataupun subang yang dipakai. Tak tahan lagi, siap boleh nampak wooo warna rambut yang ditutup tu. Apa guna kalau bertudung macam tu?
2 – Tudung Mickey Mouse
Jenis tudung ni dipakai biasanya di rumah pada zaman dulu – dulu. Yelakan, ia hanya menutup kepala, rambut dan cuping telinga. Ermm, entahlah apa tujuan sebenarnya si pemakai memakai tudung macam tu. Ia sebenarnya tak boleh dianggap tudung sebab hanya memakai ‘anak tudung’ sahaja. Yang paling teruk, si pemakai melilit – lilit tudung disekitar tengkok. Amboi, dah la pakai tudung tu tutup rambut dan telinga je, bila kat tengok dia lilit – lilit je. Molek kah gitu?
3 – Tudung lilit
Kalau kita tengok dari konsep bertudung, tudung lilit ni memang dah tutup rambut, telinga dan tengkok. Ok la tu. Dah cun dah. Tapi, sayang seribu kali sayang. Tudung tersebut hanya menutup aurat rambut, telinga dan tengkok sahaja tanpa menutup bahagian dada.
Tau la orang perempuan ni hanya ada kelebihan didada tu, jangan bagi orang lelaki cemburu dengan apa yang wanita ada tu. Tak guna juga kalau bertudung tapi tak melabuhkan tudung tersebut dibahagian dada. Tak ada ‘point’ pahala disitu yerrr..
4 – Tudung Singlet
Ye, yang ni memang selalu kita nampak di shopping complex, pasar malam dan juga di taman perumahan. Istilah tudung singlet ni tak asing lagi sebab tudung tu dipakai dengan baju yang singkat dan pendek. Tak guna la kalau bertudung macam tu. Bikin semak kepala saja. Baik tak payah pakai.
5 – Tudung Saji
Sekejap ada, sekejap tak ada. Bagi aku la, tudung yang ni lebih baik daripada tak pakai sebab dia masih lagi terlintas nak pakai tudung walaupun pemakaian tu tak kerap. Kalau jenis ni kita asuh dan kita didik, insyaallah si pemakai akan terus pakai tudung tak buang – buang dah!
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”


artikel diambil dari:luthtextile




artikel ini ain ambil dari seorang blogger lelaki ni..sekadar perkongsian bersama..hahaha..bila bace macam kelakar pun ada..banyak nyer jenis tudung.ain sendiri pun tak tau.tapi kebenarannya yang kita boleh ambil bersama.





Manfaat bertudung kaitan ISLAM dan SAINS

AS-SALAM



Tahukah anda?Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu?Mengapa saya berkata sedemikian?Kerana zaman Jahiliyah dulu,semua wanita berpakaian Jilbab....Apa kaitannya zaman sekarang?zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...
Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya???Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL.....Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..
Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilansanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.


1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)

 “Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…
Saya ULANGI AYAT INI…
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.


2. Terhindar dari masalah MAKSIAT

Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.


3. Memelihara kecemburuan lelaki

Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....


4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga

“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???


5. Mencegah penyakit kanser kulit

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.


6. Melambatkan gejala penuaan

Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….


Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.



KREDIT TO:HALAQAH.NET









BERTUDUNG VS TAK BERTUDUNG

AS-SALAM

rasanya ramai dah share benda ni kan..sajer nak share kat sini..sekadar renungan bersama. :)



kredit to:kakifacebook.com





p/s:tahu tapi tidak mengamalkan dan malas mengamalkan itu adalah lebih jahil dari yang tidak tahu dan tidak melaksanakan.renungan bersama ^_______^



JANGAN KERANA....

AS-SALAM


bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan atau rasai
 jangan kerana terlalu asik dibuai perasaan gembira.bila kecewa kita menangis seperti orang hilang akal.
jangan kerana terlalu menyayangi.kita akan membenci dengan begitu hebatnya...
jangan kerana terlalu ingin mencintai sehingga kita lupa kita tidak dicintai..
jangan kerana terlalu alpa pada duniawi..kita lupa pada yang hakiki..
jangan kerana terlalu mudah menerima..hingga kita lupa untuk memberi

jangan kerana asyik mengeluh..kita lupa untuk bersyukur...
jangan kerana pandai berkata-kata hingga kita lupa mungkin ada yang terluka dan tersakiti..
jangan kerana melihat kesalahan orang lain..kita sudah melihat diri kita yang betul..
jangan kerana dendam di hati..putusnya hubungan silaturahim..
jangan kerana manisnya bicara.ada yang terkecewa..


jangan kerana cinta duniawi..kita memusnahkan diri.
jangan kerana kita terlalu menunggu masa..kita sudah jauh ditinggalkan
jangan kerana kita lambat untuk melafazkannya..

kita kehilangan peluang itu sampai bila-bila..






p/s:tak der sempurna kat dunia ni..jadi renung dan pandanglah diri..sempurnakah kita???


Siapa Malcolm X ??

AS-SALAM



Di mana-mana sahaja di
pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh
insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada
mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang
sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang
indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan
kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran
Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.






Kehidupan Awal


-El Hajj Malik el Shabazz,
atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim
Amerika.
-Malik Shabazz dilahirkan
sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska
pada 19 May 1925.
-Anak keempat daripada lapan
kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise,
seorang wanita West Indies.
-Ayahnya telah dibunuh oleh
pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa
menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama
seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.
-Kesukaran hidup dalam arus
perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan
ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. 
-Beliau terlibat dalam
aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari
1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada
27 Febuari 1946.



Islam Mengubah Hidupnya


-Hidupnya berubah setelah
saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah
Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang
cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman
dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor
yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm
membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.





Nation Of Islam


-Enam aspek dalam doktrin
Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. 
1. ‘Islam ialah agama sebenar
untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit
Putih’.
2. ‘Kepercayaan bahawa Allah
sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’. 
3. Kulit Hitam ialah
‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’. 
4. ‘Golongan Kulit Putih
sebenarnya syaitan’. 
5. ‘Pengasingan sosial dan
politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’. 
6. ‘Keperluan perpaduan kaum
dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta
oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun
ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal
(Original People).





Kehidupannya Bersama NOI


-Sejurus selepas menyertai
Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan
menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan
falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke
segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US.


-Kegiatan Malcolm bagi pihak
NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal
60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang
bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam
kehidupan dan masyarakat Amerika.


-Malcolm begitu lantang
mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak
boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa
kerugian besar kepada Kulit Hitam”.


-Media golongan liberal Kulit
Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X
dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.








Hijrah Malcolm X


-Pada November 1963,
berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu
kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.


-Beliau dilaporkan dalam satu
akhbar US sebagai menyifatkan
pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka
(masyarakat US)
sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm,
masyarakat US
ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada
golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana
hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak
berperikemanusiaan.


-Malcolm telah digantung
keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara
kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.


-Masa hadapan Malcolm bersama
NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan
Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas
memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan
dua individu ini.


-Pada perspektif seorang
penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang
baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan
menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar
dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.





Hidayah Ketika Haji


-Selepas berpisah dengan
Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj
ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.
Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya.

-Dengan memilih Sunni, beliau
menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam
beberapa pertemuan umum seluruh US,
beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran
NOI.

-19 April 1964, Malcolm
menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam
Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia
semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat
mengatasi masalah perkauman.

-Bertitik tolak daripada
pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan
pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia
Islam.

-Kesannya, beliau mula
memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan
Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada
kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.


-Era awal 1960an menjadi satu
titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul
di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa
mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen
inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.




Pembunuhan Malcolm X

-21 Febuari 1965, di
Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu
kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku!
Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu
bersama pengawal peribadinya.



Fahaman Yang Sahih

-Beliau seorang yang berani,
seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang
manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu
kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan
masyarakat Kulit Hitam US
di kelompok terendah masyarakat.


-Beliau seorang
Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang
ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya
telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk
menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI
setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata






MALCOLM X.semua orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya 





kredit to:pcmansurah