Followers

Siapa Malcolm X ??

AS-SALAM



Di mana-mana sahaja di
pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh
insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada
mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang
sebenar, mereka akan terkesan dengan kehebatan cara hidup beragama Islam yang
indah dan syumul. Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya memperjuangkan
kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali kepada ajaran
Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.






Kehidupan Awal


-El Hajj Malik el Shabazz,
atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim
Amerika.
-Malik Shabazz dilahirkan
sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska
pada 19 May 1925.
-Anak keempat daripada lapan
kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise,
seorang wanita West Indies.
-Ayahnya telah dibunuh oleh
pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa
menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama
seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.
-Kesukaran hidup dalam arus
perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan
ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. 
-Beliau terlibat dalam
aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari
1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada
27 Febuari 1946.



Islam Mengubah Hidupnya


-Hidupnya berubah setelah
saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah
Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang
cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman
dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor
yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm
membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.





Nation Of Islam


-Enam aspek dalam doktrin
Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad. 
1. ‘Islam ialah agama sebenar
untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit
Putih’.
2. ‘Kepercayaan bahawa Allah
sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’. 
3. Kulit Hitam ialah
‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’. 
4. ‘Golongan Kulit Putih
sebenarnya syaitan’. 
5. ‘Pengasingan sosial dan
politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’. 
6. ‘Keperluan perpaduan kaum
dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta
oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun
ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal
(Original People).





Kehidupannya Bersama NOI


-Sejurus selepas menyertai
Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan
menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan
falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke
segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US.


-Kegiatan Malcolm bagi pihak
NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal
60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang
bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam
kehidupan dan masyarakat Amerika.


-Malcolm begitu lantang
mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak
boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa
kerugian besar kepada Kulit Hitam”.


-Media golongan liberal Kulit
Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X
dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.








Hijrah Malcolm X


-Pada November 1963,
berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu
kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.


-Beliau dilaporkan dalam satu
akhbar US sebagai menyifatkan
pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka
(masyarakat US)
sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm,
masyarakat US
ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada
golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana
hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak
berperikemanusiaan.


-Malcolm telah digantung
keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara
kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.


-Masa hadapan Malcolm bersama
NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan
Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas
memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan
dua individu ini.


-Pada perspektif seorang
penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang
baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan
menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar
dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.





Hidayah Ketika Haji


-Selepas berpisah dengan
Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj
ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.
Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya.

-Dengan memilih Sunni, beliau
menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam
beberapa pertemuan umum seluruh US,
beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran
NOI.

-19 April 1964, Malcolm
menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam
Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia
semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat
mengatasi masalah perkauman.

-Bertitik tolak daripada
pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan
pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia
Islam.

-Kesannya, beliau mula
memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan
Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada
kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.


-Era awal 1960an menjadi satu
titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul
di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa
mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen
inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.




Pembunuhan Malcolm X

-21 Febuari 1965, di
Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu
kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku!
Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu
bersama pengawal peribadinya.



Fahaman Yang Sahih

-Beliau seorang yang berani,
seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang
manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu
kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan
masyarakat Kulit Hitam US
di kelompok terendah masyarakat.


-Beliau seorang
Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang
ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya
telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk
menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI
setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata






MALCOLM X.semua orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya 





kredit to:pcmansurah


No comments: