Followers

MEMAHAMI APA ITU TAKSUB DAN FANATIK..

AS-SALAM




artikel ini ain sharekan di sini.bagi sesiapa yang nak tahu dan juga yang ingin mengetahui mengenai pengertian taksub dan juga fanatik.Ketaksuban dan sikap fanatik yang dilihat semakin memecah belahkan masyarakat kita dan juga diharap ramai akan lebih memahami =)





Taasub dan ketaasuban seringkali difahami sebagai berpegang kepada sesuatu tanpa melihat kepada kebenaran yang terangkum di dalamnya. Perkataan fanantik kerap digunakan untuk menggantikan perkataan taasub. Perkataan fanatik mengikut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995: 476) bermaksud taasub, tegar hati, kuat pegangan, kuat keyakinan dan kuat kepercayaan. Fanatisme pula ialah kepercayaan yang sangat kuat, terlampau kuat atau kepercayaan yang kuat.


Fanatik juga didefinisikan sebagai seorang yang menunjukkan keghairahan yang melampau dan kegigihan terhadap ketaatan membabi buta khususnya terhadap beberapa perkara kontroversi (sebagaimana dalam agama, politik atau falsafah). Biasanya seseorang itu menyeru terhadap pegangannya secara bersemangat dan ia adalah suatu desakan tanpa alasan dan tanpa tolak-ansur (Webster's Third New International Dictionary, 1986).


Masyarakat Islam berdepan dengan banyak sikap taasub sama ada taasub dari sudut politik, sosial, ekonomi dan lain-lain. Taasub dengan parti politik akan membuat pendokongnya 'mentakwilkan' atau 'mempositifkan' tindakan pemimpin, walaupun tindakan tersebut nyata salah dan membawa kerugian pada umat. Taasub kepada individu pula, namun memuliakan individu sama ada guru atau orang-orang soleh adalah dibenarkan, tetapi mungkin juga membuatkan seseorang mendewa-dewakan individu tersebut dan pendewaan inilah yang ditolak.


Taasub kepada sesuatu sistem ekonomi membuatkan seseorang sukar berubah kepada sistem ekonomi yang lain iaitu sistem ekonomi Islam. Golongan ini lebih selesa dan taasub dengan sistem ekonomi konvensional dan unsur ribawi sehingga memandang sinis kepada sistem ekonomi Islam.


Dari sudut sosialnya, sejarah peradaban Islam kerap membentangkan adanya budaya taasub mazhab di kalangan umat Islam. Pada tahap itu, pengikut-pengikut setiap mazhab bertelingkah mempertahankan mazhab masing-masing sehinggalah berlakunya pertelingkahan dan perpecahan. Namun telah berlaku kematangan sehingga ummah boleh menerima perbezaan pendapat dari sudut amalan-amalan fiqh. Hasilnya ummah dapat melihat berlakunya 'kematangan' dan setiap mazhab fiqh bertolak ansur terhadap perbezaan amalan-amalan fiqh di tengah-tengah masyarakat.

Kesan daripada kematangan ini ialah:

• Perbezaan mazhab dapat diterima secara harmoni. Dalam konteks Malaysia, umat Islam boleh menerima kehadiran Masjid India, Masjid Pakistan dan Masjid Cina Muslim.

• Pengajaran-pengajaran fiqh sunni dalam empat mazhab tersebut dapat diterima oleh majoriti negara Islam di institusi-institusi pengajian tinggi dan masjid-masjid, kecuali ada sedikit negara Islam bersikap tertutup dan meruntuhkan pengajian empat mazhab.

• Penekanan pegangan satu mazhab untuk sesuatu negara juga untuk mengelakkan ketidakselarasan telah diterima ummah. Sebagai buktinya, khilafah Uthmaniah terkenal dengan mazhab Hanafi tanpa mengenepikan hak masyarakat meyakini mazhab fiqh sunni yang lain.

Walaupun masyarakat ini dilabelkan sebagai taasub mazhab, namun mereka telah bersedia menerima perbezaan ini dengan berlapang dada tanpa sesat-menyesat atau kafir mengkafir. Oleh itu, di dalam lingkungan fahaman Ahlussunnah Wal Jamaah atau Sunni, kita tidak pernah mendengar pengikut Imam Shafie Rahimahullah menyesatkan pengikut Imam Abu Hanifah Rahimahullah..

Pada situasi yang lain, telah lahir golongan yang menyeru supaya tidak bermazhab. Mereka melabelkan golongan yang bermazhab dengan berbagai label, antaranya:

• Taasub kepada mazhab.

• Mengikut imam-imam dan bukan mengikut al-Quran dan sunnah.

• Perbezaan amalan fiqh membawa kepada bid'ah dan sesat. Habis disesatkan masyarakat yang beramal hukum fiqh secara berbeza seperti qunut, talkin, zikir berjemaah dan sebagainya.


Itulah antara tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka yang bermazhab. Mereka gagal melihat atau tidak mahu melihat bahawa imam-imam mazhab dan murid-murid mereka sebenarnya mengeluarkan hukum hasil daripada kajian mendalam terhadap al-Quran dan al-sunnah. Bahkan mereka adalah generasi ulama Salaf yang disebut sebagai khayrul ummah (sebaik-baik ummah). Imam-imam tersebut tidak sekali-kali menuduh sesat kepada masyarakat pada persoalan cabang atau furuk. Bahkan mereka belajar dari ulama-ulama pelbagai mazhab untuk mendapatkan satu kepastian hujah bagi setiap mazhab tersebut. Pegangan inilah yang diwarisi kepada anak-anak murid mereka zaman berzaman. Pada keadaan tertentu, mereka bersetuju mengambil pandangan mazhab lain disebabkabkan dalil yang kuat, atau keperluan mendesak umat.


Kelihatannya, pihak yang membawa laungan untuk tidak bermazhab, mereka sebenarnya jatuh ke dalam 'taasub untuk tidak bermazhab'.
Mereka sudah meletakkan satu ketetapan di dalam pemikiran mereka bahawa

• Hanya pandangan mereka benar.

• Memandang sinis kepada orang-orang yang bermazhab.

• Pandangan yang bertentangan adalah salah, sesat, bid'ah dan sebagainya. Pada banyak keadaan, mereka mendakwa pandangan berlawanan sebagai fahaman Syiah, Jahmiyyah dan sebagainya.

• Mereka tidak mahu mengikut fatwa Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi'i dan Imam Ahmad dan anak-anak murid mereka kerana tidak mahu bertaqlid. Namun secara hakikatnya, mereka adalah pentaklid kepada Sheikh Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abdul Wahhab, Albani dan lain-lain. Kebanyakan hadis yang mereka keluarkan, bukan usaha mereka, tetapi dengan bertaklid kepada Albani. Lebih membimbangkan, pandangan imam-imam sebelumnya ditakwil supaya selaras dengan pandangan sheikh-sheikh rujukan mereka.

• Melarang pembelajaran mazhab-mazhab lain selain dari mazhab mereka atas alasan mazhab-mazhab tersebut tidak berpegang kepada dalil.

• Seruan supaya semua orang berijtihad walaupun secara hakikinya pengikut mereka sebenarnya tidak mampu berijtihad, sebaliknya mereka mengubah taklid dari bertaklid kepada imam-imam mazhab kepada bertaklid dengan pentafsiran mereka.


Mereka sebenarnya telah melahirkan mazhab kelima yang lahir selepas kurun ke 7 Hijrah, dan membawa pengikutnya mengikut pentafsiran orang yang jauh zamannya (al-Nazil) dari Rasulullah SAW, berbanding Imam-Imam mazhab (al-'ali)yang lahir dan hidup di sekitar tiga kurun pertama Hijrah.


Lebih membimbangkan, sekiranya ketaasuban golongan ini membawa kepada menganggap wajib memerangi perbezaan pandangan tersebut, kerana perbezaan amalan fiqh tersebut adalah sesat dan kedudukannya adalah mesti diperangi kerana ia setaraf dengan ijmak para sahabat iaitu kewajipan memerangi golongan yang tidak membayar zakat.


Inilah antara ketaasuban yang sedang menghantui masyarakat. Sikap keterbukaan dalam berbeza pendapat menjadi semakin tertutup dan sempit. Kesan ketaasuban ini telah mula dirasai secara mendalam oleh masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah dan para ustaz memperbetulkan keadaan ini supaya pertelingkahan dan perpecahan tidak melarat dan membawa kerugian kepada majoriti tipis masyarakat Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT menyelamatkan umat ini daripada perpecahan yang semakin kritikal. Wallahu a'lam.





sentiasa jadikan Al-Quran pegangan dan juga panduan hidup kita.














p/s:Ketaksuban dan juga kefanatikan mungkin boleh menghancurkan dam memecahbelahkan bangsa sesama sendiri..sehingga mengabaikan ajaran islam sebenar







Kelebihan Membaca Yasin

AS-SALAM






Hadith sahih kelebihan membaca yasin :



Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."





(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)
















KREDIT TO:http://jarumemas.blogspot.com


Bo Amir Iqram & Consequantial Lovers & Lagu..

AS-SALAM


hari ni ain nak share lagu ni..minat lagu ni dari siri realiti adventure..THE HOPPERZ AND AHLI MUZIK..minat sangat dengan perjalanan 4 lelaki ia itu Gambit,Fungus,Fatul ngan Bo..rasanya sapa yang rajin tengok tv tu taU kot citer ni..dulu main kat 8TV..hehe..dulu rajin la tengok citer ni time skolah..ehehe..rupernyer2..baru tau.Bo ..atau nama komersial Bo Amir Iqram yang rambut afro dalam siri tu rupernyer penyanyi..haha..dan lagu opening dalam siri tu rupernyer dia yang nyanyi ..ptut suara familiar..try la cri lagu dia kat you tube..dan dia dah kuarkan album baru..dengan single baru LAGU..haa..LAGU tu tajuk lagu dier.la..easy listening..suka..hehee...aper2 pun mamat rambut afro ni memang talented..hehe...g pun semua lagu dalam album baru dia..semua dia yang buat..huhu..hebat kan..








best lagu ni..suka since citer THE HOPPERZ AND AHLI MUZIK =)





lagu yg sempoi & klip video yang sempoi









siri THE HOPPERZ AND AHLI MUZIK


Bo Amir Iqram











ni blog dier.... 












p/s:hope dia akan berjaya menjadi pemuzik di Malaysia cos dia sangat talented..dan saya minat sangat THE HOPPERZ AND AHLI MUZIK..pas ni g travel kat sabah sarawak pulak..hehe




Mohabbatein Melayu Versi Cinta

AS-SALAM

bosan tak?mesti kadang2 bosan kan..lagi2 korang yang cuti tak wat per kat rumah kan..arr...saper2 yang keja lak mesti poning kerja banyak..ehhee..jum layan Mohabbatein versi Melayu..haha...gelak tak hingat..leh layan time boring2..serius lawak...alih bahasa..yang memang tak paham langsung..hhaha..jum..layan sambil boring2..hehee






part 1 ni kelakar jugak..hehe



yang ni lagi kelakar..sebab banyak cakap mengarut..haahaXD



yang ni lagi lawak..giler...









Mohabbatein Versi Cinta..eekkeke =P











p/s:x sabar tunggu sambungannya..aper kesudahannya tunggu..eheh..yang upload video ni gtau ..sambungannya dalam bulan JULY ni..


Kawan Atau Lawan??

AS-SALAM


Sebenarnya malas nak menulis tapi ada sesuatu yang ain nak kongsikan dengan semua orang..huhu..manusia dekat dunia ni macam2 perangai..macam2 ragam..ada yang pentingkan diri sendiri.ada yang suka bergntung kat orang lain..dan yang paling teruk..tak boleh fikir sendiri..suka ambik orang lain punya idea kan..huhu..lepas tu mengaku yang idea tu idea die..lagi la susah..haish..kadang2 dalam dunia ni..terlalu baik pun salah..terlalu x baik pun dikata sombong...dan pentingkan diri sendiri..entahlah...ain sendiri pun tak faham..bukan apa..dalam hidup manusia ni.kadang2 benda2 macam ni yang ajar kita untuk jadi matang..
ain mudah percayakan orang terutamanya orang yang ain dah anggap mcm keluarga ain sendiri.kawan baik sendiri.atau saper2 sajer lah yang rapat.
if kawan korang tikam korang dari belakang.apa yang korang rasa.mesti rasa..sedihnyer..wwuwwuw...why u treat me like that ma?? hohoho..

tapi sebenarnya benda2 macam ni lah sebenarnya good kadang2 kalau jadi dalam hidup kita.at least kita dapat belajar mana kawan mana lawan..kawan yang baik.tak bermakna kawan tu yang always ada disisi kita..dan bila dia perlukan kita baru nak tercari2..tapi sebenarnya kawan yang baik itu adalah yang selalu bagi sokongan..selalu dengar masalah kita walaupun dia cuma jadi pendengar..dan selalu bagi nasihat ...kawan yang baik tak akan menikam atau menghancurkan kawannya demi kepentingan diri dia sendiri...

sebab itu kawan tu tak boleh dinilai dari luaran..bila kita dalam kesusahan..atau kita memerlukan bantuan..kawan yang akan membantu tanpa banyak soal..adalah kawan yang sangat bagus ain rasa..hahahha..sebab dia akan tolong tanpa minta ganjaran..cukup dengan nilai sebuah persahabatan.contohnya la kan..kalau kita tipu atau kita tikam kawan baik kita dari belakang..dan kawan kita dapat tahu apa yang kita dah lakukan dan tahu dari orang lain.apa perasaan korang??
bengang dok?? huhu...

tapi bagi ain..pendapat ain la..kalau ada lah kawan yang macam ni ...ain bersabar jer..biarlah..mungkin Allah tu sayang sangat dengan ain sebab tu Dia bagi ujian yang besar.kalau kita bergaduh.membenci.atau tak memaafkan pun sampai bila kan..mungkin membiarkan sehingga kawan kita tu tersedar adalah lebih baik.dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya....

Jadi janganlah sebab hal2 tertentu..perlu untuk bermasam muka atau membenci..cuma kalau dah cuma kawan yang menikam kita ni.janganlah terlalu baik sangat.takut kena tikm g..hahha....sebab kadang2 hal2 tertentu yang kita ingat enteng dan ringan persahabatan tu jadi renggang dan putus...jadi janganlah jadikan sahabat kita itu lawan kita...hargailah kawan kita..yang sentiasa ada untuk kita...sebab nak cari kawan yang benar2 kawan..tu sangat susah....janganlah sampai dengan sikap kita kita kehilangan kawan kita itu... =)






love the Quotes =)











p/s:mudah menyatakan kawan...tapi sukar untuk melaksanakan sebagai kawan sebenar...


Hati Yang Rapuh

AS-SALAM







Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...