Followers

OH TUDUNG CIPLAK

ASSALAMUALAIKUM


Lama rasa dah tak berkongsi cerita di blog ni dengan kesibukan kan.Kali ni nak share my opinion tentang isu tudung ciplak yang duk hot sekarang oleh geng tudung lapis.Oppss tak leh sebut kuat2 t nanti dorang tau.Hhahaha..Firstly nak bagitaulah ain bukan peminat tudung lapis but i love kek lapis or kuih lapis.kan..Motif?? Saje nak bagitau takdelah mcm cakap dengan cermin kan.Sebab sekarang pun masih dalam proses memperbaiki diri dengan menutup aurat.Dan rasanya THE GENG TUDUNG LAPIS punya produk tak memenuhi kriteria dari saiz yang singkat sampailah harga yang MAKK AIII meletup kau jah...

Tapi tulah as rakyat marhaen yang juga pembeli dan pemakai tudung aku tak rasa tindakan merampas tudung tu 100% tindakan yang bijak. Sebab takde kesahihan pattern kek lapis dorang mula2 cipta.Tapi tulah aku tak kisah bab tu semua just aku rasa sikap dan cara diaorang handle isu TUDUNG CIPLAK tu nampak annoying giler.Kasar dengan pembeli ,angkuh,sombong dan lebih menjawab persoalan dan pertanyaan pengguna dengan emosi.Kadang2 terasa macam perlu ke nak berbuat demikian.Sedangkan company multinasional luar negara macam MCDONALD yang kita semua tahu memang menyalurkan dana secara terus kepada ISRAEL tapi dorang still mampu menjawab persoalan dan pertanyaan dengan tenang dan professional.Sebab apa? Sebab mereka tahu kalau mereka menjawab dengan emosi orang akan hilang terus respek pada mereka dan menganggap mereka tak proffesional dalam mengendalikan masalah dalam syarikat mereka.Aku tak sokong MCDONALD.sebab aku pun boikot untuk tak makan .Tapi sikap segelintir peniaga melayu yang dah diatas dan lupa diri just risau di masa depan nanti mereka ini akan jadi golongan kapitalis yang menghimpit dan menekan rakyat2 marhaen macam aku.Dengan kuasa duit yang mereka ada.Aku tak salahkan mereka kalau nak rampas ke apa.Aku kesian dengan rakyat biasa yang berkeinginan bersungguh2 nak berjaya bukak perniagaan kecil2 lan..even kadang taklah untung mana just balik modal.Tapi bila mereka buat macam ni.Buatkan ramai yang terfikir keangkuhan dan kesombongan pihak yang merampas adalah melebihi segala hal.

Bagi aku percayalah rezeki itu datang dari Allah.Kalau kita kaya hati tak senang xguna baik aku tak kaya sampai bila-bila.Sekurangnya aku sedar aku hakikat menumpang dan meminjam pada kurniaan Allah Soon or later kita akan kembali pada dia dan semua yang kita rasa milik mutlak kita pun akan kembali pada dia.Dan macam mana kita menguruskan dan buat semua kat dunia ni akan dipersoalkan di DUNIA SANA.WALLLAHUALAM