Followers

Kenyataan Ramadhan Akhir Zaman

AS-SALAM


Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..
Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,
Namun batinnya tidak diselit  rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..
Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,
Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..
Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?
Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....


alt


KREDIT TO:I LUV ISLAM







P/S: Anggaplah setiap Ramadhan yang tiba itu seperti Ramadhan terakhir yang akan kita lalui.


Hukum Papar Gambar Dalam Facebook Dan Laman Sosial Lain

AS-SALAM


hari ni ain share artikel yang boleh kita kongsi bersama2..selamat membaca :)



(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.


(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)


(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”


Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.


(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya


Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.


Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.


Wallahu’alam..-Al Azhar Addin







artikel kredit to:I LUV ISLAM
















p/s: Pilihan di tangan anda.tepuk dada .tanya Iman (:



Puisi Ilahi By Acha Septriasa & Irwansyah (LIRIK)

AS-SALAM


bisik angin menyapa hati
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu
rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

bisik angin menyapa hati
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu
rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah





lirik kredit to:




ihsan google (hiasan semata2)








p/s:nice kan lirik lagu ni..try cari video dia..x jumpa lah..huhu..lagu ni dah lama sebenarnya..



Artikel Dr.Ridhuan Tee Mengenai Dakwah Kristian di Malaysia.

AS-SALAM


Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.
Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?
Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.
Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.
Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.
Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.
Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.
Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.
Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.
Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.
Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.
Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.
Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.
Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.
Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.
Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Ridhuan Tee



KREDIT TO:PERAKTODAY


Because You're My Man

AS-SALAM


BECAUSE YOU'RE MY MAN



Maybe something is in my eye
Maybe that's why I keep crying
Hidden deeply in my heart
Is that one person
Tears keep falling without notice
Even if he can't hear my heart
My tears express my love
When will you hear me?

Because you're my man
Because you're my man
Even after I let you go
You still remain and make me cry
Because you're still my man
Because you are...
I can't stop these tears

I guess you can't hear my heart
I'm afraid I will shed foolish tears
So I force myself to hold it in
Why can't you hear me?
Why can't you see me?
Look back, I'm here
I love you, you fool

Because you're my man
Because you're my man
Even after I let you go
You still remain and make me cry
Because you're still my man







CUTE KAN..HEEE :D











P/S: Xder idea nak menulisa..keluar lah ayat2 jiwang karat ni..hehe lirik lagu la ni..



Ciri2 Wanita Yang Tidak Pernah Berpacaran

AS-SALAM



salam hari ni ain share mengenai ciri2 wanita yang tidak pernah berpacaran..hehe..kalau ikutkan ciri2 ni..semua nya ada kat ain..dulu..hahahaha~ mostly la..maybe..kot..hehe..jum bacer..




1.    Tidak mengikuti perkembangan fashion

Wanita yang belum pernah berpacaran tidak peduli dengan penampilannya dia. Dia juga tidak peduli pandangan lelaki tentang dirinya.


Pakaiannya tidak mengikut trend. Dia hanya memakai apa yang yang dia selesa. Selain itu, kemungkinan besar juga wanita yang tidak pernah berpacaran ini jarang berdandan dan bersolek.





2. 
Kurang sopan di hadapan lelaki

Contohnya ketika makan. Portion makanannya jauh lebih banyak daripada lelaki. Dia pun tidak malu-malu makan sebanyak itu, kerana memang dia tidak pernah pernah terfikir untuk mencari teman lelaki.

Kalau dia memang ingin berpacaran, pasti dia akan lebih menjaga attitudenya di depan lelaki. Sebenarnya, ada bagusnya untuk menjadi “muka dua” di depan lelaki, tapi kadangkala sifat seperti ini akan membuatkan lelaki hilang feeling.





3. 
Tidak ramai kawan dan kurang bersosial

Kebanyakan wanita yang tidak pernah berpacaran biasanya tidak memiliki ramai kawan dan kurang bersosial. Oleh itu, di sebabkan tidak ramai kawan dan kurang bersosial maka akan mengurangkan kemungkinannya untuk mengenal orang lebih ramai.




4. 
Tidak tahu bila harus bersikap romantik atau tidak di depan lelaki

Kerana wanita belum pernah berpacaran, dia sukar untuk membezakan hubungan istimewa dan hubungan sekadar teman biasa. Mungkin ada lelaki yang suka si dia ini, tapi dia tidak tahu membezakan adakah lelaki itu benar-benar menyukainya.

Di sebabkan tiada pengalaman dalam berpacaran, maka dia tidak tahu bilakah harus bersikap romantis atau tidak bersikap romantis di depan lelaki kerana masih keliru.





5.
 Kurang percaya kepada diri sendiri

Inipun salah satu ciri penyebab mengapa wanita tidak pernah pacaran sampai sekarang. Percaya kepada diri itu penting, tapi jangan overconfident.

Percaya kepada diri sendiri boleh bagus, cuma jangan selalu merasa diri kamu kurang segalanya. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Buat lelaki yang mengetahui wanita yang anda minati tidak pernah berpacaran, anda perlulah meletakkan usaha yang berterusan untuk mendapatkannya kerana wanita seperti ini perlukan sedikit masa untuk menerima seseorang dalam hidupnya...




ihsan Google (:







credit to:http://jiwang.org/





p/s: korang rasa ada tak yang mcm ni..pada diri korang..ain aser ain ader kot..beberaper no diatas..kui3



Sunny Girl >> Thump Thump (National Treasure Girl MV versi) The Greatest Love Ost

AS-SALAM



ain nak share lagu dari ost cerita THE GREATEST LOVE..tajuknya Thump Thump..dari kumpulan SunnyHill...hehe..sweet sangat lagu ni..suka dengar lagu  ni dalam cerita tu..dalam drama tu lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan National Treasure Girl..kumpulan yang jadi watak dalam drama ni..best..berdebar2 jantungku mendengar lagu ni..kui3..hehe..sweet and cute song..layan..hehe~




mv versi kumpulan National Treasure Girl..cute..even dorang dance cam pelik..hhaha...dorang pelakon..bukan kumpulan SNSD.lol~







Kumpulan National Treasure Girl dalam drama The Greatest Love..
macam kumpulan ni betul2 ada..cute..even dorang dance pelik..hehehe~










p/s: tengok drama ni dan tak skip..cepat habis..ok..drama ni best..heeehe~