Followers

Saya Tak Suka Bila Google Chrome Saya CRASH @_@

AS-SALAM


tak suka betul bila lappy kesayangan ini menghangkan dirinya apabila GOOGLE CHROME mengCRASHkan dirinya....



sungguh menyampah yer kawan2 bila kuar muker cenggini kat google chrome den ni







p/s:pakai la internet explorer..hahaha~



Damien Rice >> The Blower's Daughter

AS-SALAM


nice song..suka lagu ni..dari movie CLOSER..pernah tengok?? hehe..layan.layan..malas layan lagu rayer dah..hahaha~






"The Blower's Daughter"

And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time
And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her sky

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

And so it is
Just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is
The colder water
The blower's daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind...
My mind...my mind...
'Til I find somebody new






Jurukamera Bernama TV terbunuh di tembak di Somalia

AS-SALAM





KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama


sumber berita dari:UTUSAN



semoga rohnya dicucuri rahmat dan kita sedekahkan al fatihah untuknya..




p/s:betapa besarnya cabaran seorang wartawan kan..


RAYA DULU VS RAYA SEKARANG..maner best yer?

AS-SALAM


bila tiap kali syawal menjelma mesti banyak benda yang teringat kan..terutamanya raya2 yang lepas..salu gak ar pikir..rayer dulu banding sekarang..dah banyak berubah ker tak..samer ker tak..paling penting mana lagi best kan..huhu...mungkin semua orang rasa lain2..yer la..kalau dah kawin.tu lain la ..dari yang budak2 dah kerja..rasa rayer tu pun dah lain..tapi secara umumnya la kan memang banyak yang berubah raya zaman dulu2 dengan raya sekarang kan..bukan sikit...banyak kot..hahaa..jum kiter check per yang beza raya dulu dengan raya sekarang..agak2 korang per yang bezanya...






RAYA DULU


1.baju rayer tak lawa tak per even kain cotton jer.kaler pun semua sama jer.kain murah rm10 jer tu.tu pun dah hepi giler sebab dapat merase baju kurung baru time rayer jer.. ( den penah merasa time kecik2 dulu..giler excited)...huhu...baju raya pun buat sendiri.sepesen jer semua.tapi tu pun dah rasa best sangat2 dah.rasa tak sabar nak pakai bila time raya..cantik ker tak tu belakang kira la...janji dapat baju baru..kasut pun sepesen jer tiap tahun..semua sama jer...tapi time raya jer lah zaman dulu2 nak merasa kasut baru..


2.budak2 pergi baraan tiap2 rumah.kalau satu kampung ada 100 rumah.berjalan la 100 rumah tu...dulu duit raya paling besar pun 50 sen.rumah orang kaya jer bagi seringgit dua..dapat 20 sen pun dah gembira gila.kalau poket baju kurung tu penuh dengan duit syiling .tu pun dah seronok sangat sebab dapat duit raya.kaalu kumpul2 semua duit raya yang ada boleh agak dalam sebalang syiling tu..


3.kuih raya semua homemade buat sendiri.semua kuih tradisional.mana ada kuih almond london,sort bread,cornflakes2 semua ni.ni semua biskut ala2 moden orang putih gitu.dulu mana.semperit,kuih bakar,mazola,tart nenas,biskut sampan,per ntah lagi..tak ingat dah nama biskutnyer..huhu...tapi tu la biskut2 yang best .termasuk la kerepek2..ni..kacang2 dulu pun tak ada lah...semua biskut raya buat sendiri.baru lah terbaik...kan...


4.pak cik posmen paling sibuk sebab hantar surat,kad raya ucapan hari raya.kalau kat pejabat pos tu siap dorang ni upah part time worker untuk cepatkan proses hantar kad raya.siap boleh buat koleksi lagi kad-kad raya yang ada gantung kat dinding,pintu ataupun bunga dalam pasu.boleh kata mana2 pasaraya atau pasar ada jual kad raya.sebab semua orang nak hantar kad raya.termasuklah nak hantar kat mak ayah sekali kan..talipon rumah pun zaman dulu kureng.lagi la hendpon memang haram la.paling2 hantar telegram kan..tapi serius..syok wei..hahahha~ 


5.meriam buluh semua tu memang benda wajib buat nak dekat2 raya..kalau boleh nak perang dunia ketiga di buatnya..huhu...tu raya 15 tahun yang lepas.la ..huhu...lagi satu pasang pelita.dulu lampu kelip2 semua ni kurang la kan..kalau2 pun orang pasang panjut depan rumah.pakai buluh.stil dpt merasa benda2 ni time ain kecik2 dulu la..pelita tu wajib jugak la..maser ain sekolah rendah memang wajib pasang.beli pelita.pas tu cari batang kayu banyak2 cacak n pasang paku kat batang kayu tu buat gantung pelita tu...hehhehe~ boleh kata mostly semua orang akan pasang pelita ...keliling rumah..x der ar keliling sangat jalan nak masuk rumah jer..hehehee....orang kampung selalu la buat semua tu...







RAYA SEKARANG




1.baju raya mesti selalunya lebih dari sepasang.macam2 pesen kot...dah tak macam baju kurung pun ada..mengemerlip kemerlip bagai.meriah gila..baju..baju sepasang pun dekat seratus..itu baru sehelai..kalau dua tiga lima helai..raya jer pun bukan buat nikah..kui3...baju lebih meriah dari rayanya..dengan shawl2 bagai semua tu...pashmina la kan..huk3...agak2 korang nak pakai baju kurung biase2 jer tak raya..kalau ada pun terpaksa atau pun kureng gila la bilangannya..alasan raya setahun sekali..hahaha~


2.budak2 pergi beraya dah semakin kurang.espcially kat kampung.yerlah ..semua nya budak2 tu dah jadi budak2 besar.kalau ada pun raya dapat kiralah.tak ramai sangat.dorang beraya pun sebab nak dapat duit raya jer.lepas tu.duit raya plaing kecik pun seringgit..syiling2 ni tak pandanglah kan.yerlah maner cukup 50 sen nak topup handphone.hhahaha~ kalau dapat singgit pun rase2 dak sekarang ni mengeluh panjang kot..aper kedehe dapat duit ciput cenggini..penat jer rayer..ahahhah~



3.kuih raya semua banyak kuih tunjuk.aper ko nak semua leh asal duit ader .yer dok??  biskut almond london la.namer tak leh blah almond london.padahal mat bangla kat kilang biskut yang buat.tak tau la pekehenyer namyer ada london..hahaha~ kalau makan rasa cam kat london kot..ehhh..gitu..huhu..kacang2 ,gula2 coklat jer bayak..kalau nak cari biskut2 tradisional pun sekarang susah dah nak cari..lagi2 yang taste dia bukan macam kilang buat..tau la maksud ain kan..biskut kat pasar ramadhan tu melambak2 even kat shopping kompleks...asal duit berlonggok..tak yah beli biskut raya..tunjuk jer la maner yang kenan di hati tak payah susah2 buat.yerlah orang sekarang ni kan mostly kerja dan tak der mase nak buat2 kuih biskut raya ni..kang tak pasal bantat di buatnyer..hahahhaa~


4.kad-kad raya boleh kira la banyaknya.maybe masih ada lagi.tapi.tapi mungkin one day akan hilang.serius ain cakap.memang umumnya sekarang ni kurng orang nak hantar menghantar kad raya ni..lagi2 sekarang macam2 teknologi yang ada.mms...email.facebook..bla-bla yang berkaitan dengannya..paling2 cikai pun la.hantar sms seposen ucap selamat hari raya.siap pantun2 bagai..memang best sebab cepat mudah dan selamat..x der la...susah payah nak pergi beli kad raya.pas tu beli setem.pas tu hantar kat pejabat pos lagi..kui3..payah kan..tapi nilai dia mungkin berbeza.diwatnya...handphone kita full tak pun rosak..semuanya,hilang..mesti susah nak save...kalau kad raya ni..berkurun2 punya kad raya pun leh simpan..agak2 nak wat muzium kad raya koleksi korang pun leh..ahahaha~ kalau kat facebook lagilah senang kan..letak jer kat status tu..arr.ramai lh yang komen..tak pon tag semua kawan2 kat gambar kad raya..semua dalam in 1..terbaik..hahaha~



5.sebab sekarang ni mercun pun payah nak beli sebab kerajaan tangkap saper dok jual benda alah ni..meriam buluh semua ni pun dah makin kurang..yer la..kalau kat kampung mungkin boleh tapi kalau kat kl..agak2 nak tanam meriam tu kat maner..depan rumah..agak2 nak kena pelangkung kang...hahaha~ pas tu pelita semua ni mungkin dah kurang yer la minyak tanah mahal wei sekarang..agak2 nak ker kome pasang pelita sampai ker pagi...sambil pasang 50 bijik pelita depan rumah..pasang la lampu kelip2 tak pun lampu kaler warna warni tu...senang jer..tekan suis..jer..dah silau milau umah kome..heheheh~





ni yang ain pernah rasa dulu dan raya2 dulu masa zaman ain..masa zaman 90 an..tahun 80 an..ker 70 an ker..ain tak wujud g kat dunia ni....hahaha..so tak beraper nak tau la sebab tak merasa tahun2 tu...tapi bagi korang ada banyak perbezaan ker tak..adakah raya still semeriah dulu...keseronokan dan keinginan beraya sama macam dulu??









p/s:ain rasa setiap tahun rayer dah tak semeriah..tak tahu lah..i dont know..but anyway im happy. :)


Puasa Enam Dan Puasa Qadha.

AS-SALAM




dalam bulan syawal ni mesti ramai yang melaksanakan amalan puasa 6.ia itu puasa sunat di hari raya ni kan...kat sini ain share.berkaitan dengan puasa enam dan juga puasa qadha.yang mana harus didahulukan..harap memberi manfaat untuk kita.jangan sibuk beraya makan tak ingat pulak yerk..hehehe`











Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

kredit to:SoalJawab



Spontaneous Thursday: Bahagia itu =D

AS-SALAM



tak mudah mencari kebahagiaan kesabaran itu adalah yang paling penting dalam mencari kebahagiaan..ada kala.kita akan rasa kedukaan..yang amat sangat..tatkala itu ingatlah saat2 kita rasa gembira.kerana itu yang akan memberi senyuman untuk mencari kebahagiaan..









p/s:SAYA BAHAGIA ... :)


SALAM AIDILFITRI dari AIN even dah RAYER KE 3..huhu~

AS-SALAM 


lamer kot tak bukak blog beberape hari ni.disebabkan kebusyan melampau batasan..adeyh..datang raya mcam datang kenduri..huk3..ni pun tak der la open house open house bagai pun..maklumla..sedare ramai giler..kalau kumpul semua ni..leh wat kenduri..hahaha~ terutamanya family belah ayah..memang SANGAT RAMAI..ok..capslock dah sampainya tu..tu maknanya memang ramai..adik beradik ayah jer pun dah 12 orang..tak kire sepupu sepapat ..cucu cicit ..incit..segala semua tu..beratus kot kalau kira..hahaha...tapi tu la..bila g nak jumper sedare mare ni kan...time raya jer la dapat jumpa deme2 ni..(even aku segan..sebab ramai tak kenal sebab jumper time rayer jer)hahhaha~ aper2 pun  kejap jer kan dah raye ke 3...rase cam semalam baru nak raya kan..hehe~ So cam ner raya korang setakat ni..best..tak best....banyak dapat wit rayer ( kui3..den still student..dan belum bekerja..layak menerima duit rayer..lalalaa)


cerita pasal rayer ni..selain duit raya..g beraya..makanan pu part paling best kan..haha..tahun ni..tahun best sebab tak buat biskut raya..sebab akak ain dah beli semua biskut raya..cadangnya nak buat..tpi akak cakap tak payah sebab dah banyak gak biskut raya dia beli..kerepek2 pun banyak wat..macam kerepek pisang,kerepek ubi pedas,peyek (tak tahu name dalam melayu..orang jawa cakap peyek)hahaha~.....








antara lauk wajib tak pernah miss bila raya..paling suka..sebab ain tak berape makan rendang..kureng
KUAH SATAY DAGING...terbaik..dari RAMLI house..hehe

ni pun benda yang tak boleh miss bila raya..sebab aper..sebab sedap..agaggaga~
KEK COKLAT MOIST homemade by my sis CIK SITI

benda ni pun wajib kena ada kat rumah bila raya...sebab aper sebab semua suka..hehe
BISKUT BATIK homemade jugak by KAMI anak WAK RAMLI..ngeh3








lain2 sori la tak sempat pun nak snap..malas + banyak kerja..tak der mud nak amik2 gambar bagai..tengok2 dah tinggal kenangan bagi kat orang ..hahaha~ aper2 pun even dah hari raya ke 3..ain nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..untuk semua pembaca blog ain..harap korang always bagi sokongan untuk ain untuk terus menulis..hehehe..mintak maaf kalau ader terase ker aper2 dengan segala apa yang ain tulis kat blog ain ni ..( per la rayer ke 3 baru nak mintak maaf bagai..dush3..sila tumbuk saya..okeyh)

k la..selamat berhari raya ...kepada yang dah nak masuk kerja tu..dan nak masuk belajar balik selamat belajar


sebelum tu...HATI HATI DI JALAN RAYA..INGATLAH ORANG TERSAYANG DI HARI RAYA YANG MULIA INI
pesanan ini tak ditaja tapi ditaip oleh Cik Ain yang prihatin dengan anda semua..hik3 ^______^V








p/s:bila la dapat beraya dengan si DIA...segan gila.. ( MUD RAYER VERSI JIWANG)