Followers

Sempurnakah Kita Menutup Aurat Kita ??

AS-SALAM

Setiap hari kita melihat perubahan dunia dengan banyak fesyen2 baru kan..dari atas kepala sampai la hujung kaki.tapi sedar tak sedar kan..adakah kita menjadi mangsa fesyen..fesyen itu tuntutan dalam hidup atau sebagai satu kepuasan..semua mesti tertanya2 apa gunanya fesyen kan..nak kena pakai baju yang style cam ni..tudung yang style mcm ni..apa perlunya..adakah fesyen cuma untuk menambah keyakinan diri tanpa akan mengundang rasa menonjolkan diri pada orang disekeliling.Paling yang ain terfikir maybe leh wat kan rasa bangga dengan fesyen yang dipakai demi menarik perhatian sekeliling...

Contohnya isu pemakaian legging dan juga jeans sendat.kalau kita tau..aurat itu untuk ditutup bukan untuk dibalut.jadi dua2 ni tak sama kan..huhu.kalau kita tengok sekarang ni..banyak sangat la kan fesyen seluar jeans sendat dan juga legging yang jadi kegilaan remaja terutamanya..sampai kadang2 mak cik2 kat tepi jalan tu pun ader pakai cenggini..kadang tu rasa cm tak sopan untuk berpakaian macam ni..tapi itu hak masing2.tapi pandangan yang melihat..?? entahlah setiap orang ada pandangan sendiri kan..

yang bertudung pulak..haishh..tak yah cakap la..sekarang ni macam2..yang duk femes skang..shawl a.k.a selendang...belit2 cam nak tercekik..even dulu ain pun ada guna gak..haha..tapi sebenarnya pemakaian shawl atau selendang ni tak salah kaalu kita tahu batas2 dalam pemakaian shawl ni..kalau menutup aurat dengan sempurna tak ada masalah pun..kita tengok macam Ustazah NurBahyah tu..cantik kot..tspi masalahnya sekarang ni ramai yang pakai shawl tapi tak menutup aurat yang sepatutnya..bila memakai shawl adakah kita menutup dada kita..leher kita dari pandangan?? even kalau memakai tudung bawal pun  mengikut pembacaan ain kalau jarang dan menampakkan bayang2 adalah tidak boleh.jadi biarlah pakai yang lebih tebal dan tidak menampakkan aurat.selain itu tidak menutup bahagian dada.Ini kerana apabila menampakkan bentuk badan itu kira samalah dengan tidak menutup aurat..betul tak??


rasanya banyak jer keluaran tudung yang menutup aurat..dan baju atau seluar menutup aurat.tanpa kita perlu meninggalkan fesyen.cuma pandai ikut pikir kita lah..mana yang patut dipakai dan tak patut dipakai..bukan soal kena fesyen atau tak kena..tapi diri kita..kita berpakaian untuk apa?? untuk menutup aurat yang 1st atau berfesyen 1st?? mana yang perlu diutamakan..






Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan dalil: Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31). Adapun selain muka dan dua tapak tangan, seseorang wanita mesti menutupinya dengan erti kata tidak menampakkan bentuk tubuh serta bukan berpakaian jarang. Begitu jugalah di bahagian dada. Iaitu perlu menutup bahagian yang boleh menampakkan bentuk tertentu itu. Oleh itu, pakailah tudung yang melebihi paras dada yang telah disebutkan ini. Begitu jugalah dengan pemakaian selendang. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk dada, tidak jarang dan menutup tempat yang sepatutnya, maka pemakaian tersebut adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, pemakaian tudung melabuhi di bahagian belakang lebih digalakkan






so fikir2kan lah semua wanita dan perempuan diluar sana.ain juga macam anda semua..yang masih cuba untuk berusaha menutup aurat dengan lebih baik.mungkin sehari 1%.kalau 100 hari dah 100% kan..kalau kita cakap yang kita masih belum bersedia sampai bila kan kawan2?? kita tak tau bila kita akan mati dan dipanggil menghadap Ilahi..setiap saat kita perlu sentiasa bersedia..sedangkan kematian itu semakin menghampiri kita dan masa itu semakin menjauhi kita..mungkin esok dah tak ada lagi untuk kita berubah..jadi tutuplah aurat dengan sempurna..tak sukar pun...cuma sedikit usaha dan pengorbanan..







-ehsan google -
marilah kita berdoa sama2 agar kita dapat menutup aurat kita dengan sempurna..bukan girl jer..guys jugak..hehe :)











perempuan yang cantik itu adalah perempuan  yang ada malunya..dan kedekut dalam mendedahkan auratnya untuk tatapan umum. :)




p/s: ain sendiri pun sedang berusaha .mungkin bukanlah terbaik..tapi menjadi yang lebih baik di masa akn dtg.insyaAllah..


No comments: