Followers

Bila Perempuan Menangis

AS-SALAM



WAHAI LELAKI,
Pernahkan kamu tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?

Mungkin sebab kamu sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan
memang suka menangis...Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu, dia mula merendahkan egonya
semata-mata kerana kamu.

Apabila dia menangis di hadapan kamu, apabila dia menangis kerana kamu,
Pandanglah matanya..Bolehkan kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu cuba untuk memahami apa yang dia rasa?

Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis dihadapan kamu hanya kerana kamu?
Dia menangis bukan kerana dia lemah..Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati..Dia menangis Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

WAHAI LELAKI,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana kamu..Mungkin sudah tiba masanya kamu fikir kembali di mana silap kamu,kerana hanya kamu tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti, ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

WAHAI LELAKI,
kalau seorang perempuan menangis kerana kamu, janganlah kamu membiarkan dia
menangis keseorangan.Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan kamu sehingga akhir hayat kamu.

WAHAI LELAKI,
kalau seorang perempuan menangis kerana kamu, janganlah kamu meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan kamu.. Kerana kamu akan merosakkan hidup dia.

WAHAI LELAKI,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta kamu kepada seorang perempuan selagi kamu belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana kamu hanya akan
membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...





1 comment:

trialtodelete said...

sedih tgk perempaun mngis tmbah2 golongan ibu //